25
Jum, Mei
851 ARTIKEL BARU

Isu Gambar & Mahathir Tidak Puas Hati

Editorial
Typography

Pembangkang sekali lagi cuba menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mahu melanggar undang-undang.

Isunya ialah parti-parti komponen Pakatan Harapan yang tidak sah ini tidak dibenar memaparkan gambar Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua pakatan itu mahupun sebagai calon perdana menteri mereka pada kempen pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Mereka mahu memaparkan gambar Mahathir dalam poster-poster pembangkang di seluruh negara.

Mereka mendakwa 'itu adalah hak mereka' dan SPR tidak boleh mengarah kerana bukan tugas SPR.

Kenyataan pembangkang ini adalah satu dakwaan yang amat bodoh. Mereka mahu melanggar undang-undang yang telah dimaktubkan untuk sekian lama. Rujuk di bawah:

Tata Etika Pilihanraya

7. BAHAN KEMPEN

7.6 Pemasangan bahan kempen tertakluk kepada peraturan berikut:-

(a) Hanya gambar calon yang bertanding di dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan dan pemimpin utama parti politik yang bertanding, simbol dan manifesto parti atau calon dibenarkan dalam poster atau kain rentang.  

(b) Tidak boleh memasang poster gambar mana-mana pemimpin parti politik yang tidak bertanding di Bahagian Pilihan Raya berkenaan, kecuali gambar pemimpin utama parti politik yang digandingkan (berpasangan) dengan gambar calon dalam poster yang sama.

Kita sedia maklum bahawa PPBM tidak akan dapat melepasi syarat-syarat ROS. Muhyiddin Yassin sendiri mengaku parti PPBM tidak dapat memenuhi 2 daripada 9 perkara dituntut Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerusi notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996.

Muhyiddin berkata, 2 tuntutan yang mungkin tidak boleh dipenuhi PPBM itu, membabitkan laporan berkaitan perjalanan mesyuarat bahagian dan cawangan parti itu seperti diarahkan menerusi notis terbabit. 

Maksud mudah, parti PPBM dan PH berkemungkinan besar tidak layak pada PRU14 ini. Gambar Mahathir tidak boleh dipaparkan di mana-mana kecuali di kawasan yang beliau akan bertanding sahaja.

Tetapi penulis menjangka pembangkang akan tetap melanggar peraturan tersebut terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti di FELDA.

Dan bila diturunkan, pembangkang akan menuduh kerajaan BN tidak adil dan berat sebelah. Perkara ini yang akan dijual oleh penceramah-penceramah pembangkang di kawasan tersebut.

Sementara itu, Dr Mahathir pula tidak puas hati dengan pihak berkuasa tempatan yang didakwanya memberi layanan istimewa kepada bendera parti BN berbanding bendera parti pembangkang.

“Kalau nak cabut kita setuju cabut semua sekali, (bendera BN) yang biru-biru penuh pun kena cabut.

Kalau nak buang, semua buang, kalau benar BN pasang mesti benar HARAPAN dan parti lain,” katanya.

Kita nasihatkan Mahathir supaya buka mata dan saksikan agensi kerajaan DAP Pulau Pinang yang menurunkan bendera-bendera Barisan Nasional.