29
Rab, Mac
897 ARTIKEL BARU

Lawatan Obama Ke Yayasan Kanak-Kanak

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Obama hari ini meluangkan sedikit masa beliau mengunjungi kanak-kanak kurang bernasib baik di bawah Dignity For Children Foundation yang berpusat di Sentul.

Semasa lawatan tersebut, Obama kelihatan mesra menyapa kanak-kanak yang berada di dalam bilik darjah yayasan tersebut, yang rata-ratanya berusia antara tujuh hingga Sembilan tahun.

Yayasan tersebut merupakan sebuah yayasan amal yang ditubuhkan bagi memberikan pendidikan amal bagi mangsa pelarian dan kanak-kanak miskin di negara ini.

Dalam lawatan sekitar jam 11.10 pagi itu, Obama juga dilihat gembira berinteraksi dengan kesemua kanak-kanak yang berada di situ tanpa memikirkan protokol, dan mengambil peluang untuk berbual-bual mengenai subjek kegemaran mereka serta cita-cita mereka selain memberikan kata-kata semangat kepada kesemua kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang ada di situ.

Yayasa tersebut telah ditubuhkan lebih 15 tahun lalu oleh Rev. Elisha Satvinder bersama isterinya, Petrina dengan matlamat untuk membantu kanak-kanak dari golongan kurang bernasib baik agar dapat keluar dari kemiskinan menerusi pendidikan berkualiti sekaligus menaiktaraf kehidupan sedia ada serta komuniti di persekitaran mereka.

Sehinna ke hari ini, yayasan tersebut telah berjaya memberi manfaat kepada lebih 1,000 kanak-kanak di negara ini, termasuk pelarian Mynmar dari lingkungan usia dua hingga 17 tahun dengan cara memberikan pendidikan berkualiti dalam persekitaran yang selamat.

Pengasas yayasan tersebut, Rev. Elisha turut melahirkan rasa gembira dan terharunya atas kunjungan Presiden Amerika Syarikat tersebut, selain turut merasa bangga dengan sokongan yang ditunjukkan Obama ke atas usaha yang dilakukannya selama ini.

Rev. Elisah turut memberitahu bahawa penubuhan yayasan ini adalah dilakukan mengikut gerak hatinya, dan ianya dianggap sebagai satu seruan Tuhan keatas dirinya untuk menjaga dan bertanggungjawab keatas nasib kanak-kanak yang kurang bernasib baik di negara ini.

Selain penubuhan yayasan tersebut, Rev. Elisha turut memaklumkan bahawa pihaknya turut menubuhkan sebuah kafe moden yang dikenali sebagai Projek B, hasil kerjasama dengan rakan-rakan yang lain bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik berusia 12 tahun dank e atas.

Pengurusan kafe tersbut dilakukan oleh pelajar-pelajar yayasan yang lebih senior dengan tujuan melengkapakan mereka dengan pengalaman bekerja serta kemahiran praktikal bagi membolehkan mereka keluar dari belenggu kemiskinan hidup.

 

loading...
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS