23
Ahd, Jul
650 ARTIKEL BARU

Berita Utama

Grid List

SEPERTI yang dijangkakan ada pihak yang mempersoalkan apa kelayakan saya  apabila menawarkan diri untuk berdebat dengan Tun M dalam forum Nothing To Hide 2.0 jika beliau serius mahu mencari kebenaran.

Kalau begitu apa kelayakan orang di sebelah sana termasuk Tun M dan TS Muhyiddin yang hanya cut and paste bahan dari sumber meragukan apabila mengkritik isu 1MDB? Kebanyakan mereka ini hanya menggunakan cerita fitnah yang disebarkan oleh Sarawak Report dan ASWJ. Tidak ada sebarang dokumen yang

Baca Selanjutnya...

PETALING JAYA - UMNO ialah sebuah parti perjuangan, tegas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Dan bertunjangkan kepada itulah ujar beliau UMNO masih lagi relevan dan menerima sokongan majoriti rakyat di negara ini.

"Sebenarnya UMNO ialah parti perjuangan. UMNO hidup kerana perjuangan.

"Kerana itulah kenapa UMNO masih berkuasa..kerana majoriti rakyat masih menyokong perjuangan UMNO yang inklusif.

"Kita tidak nafikan hak bangsa lain. Sebab itu kita disokong walaupun

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kelantangan pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengkritik mutu pengadilan membawa padah apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin.

Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati

Baca Selanjutnya...

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru supaya rakyat di negara ini menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian dan menitikberatkan tentang soal penjagaan kesihatan diri.

Beliau berkata amalan riadah tidak seharusnya dilakukan untuk waktu tertentu sahaja seperti semasa menyertai acara larian, sebaliknya perlu berterusan kerana amalan hidup sihat sepatutnya sebati dengan diri setiap individu.

"Betapa perlunya kita untuk beriadah, bersukan, menjalankan aktiviti

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan urusan sesebuah koperasi demi memastikan kelancaran operasi, sekali gus memberi keuntungan kepada ahli dan pemegang sahamnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata pada masa ini banyak pihak termasuk ahli politik yang berminat untuk menerajui koperasi memandangkan ia mempunyai prospek yang cerah.

"Mana-mana koperasi termasuk bank yang dikendalikan ahli-ahli profesional, jangan dipolitikkan

Baca Selanjutnya...

KOTA BHARU – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdebat dengannya pada program Nothing to Hide 2.0 yang bakal dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Katanya, beliau sedia untuk mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika Mahathir benar-benar serius untuk mencari kebenaran mengenai isu 1MDB. 

“Sekiranya Tun Mahathir serius untuk mencari kebenaran mengenai isu

Baca Selanjutnya...

KOTA BHARU - Sambutan menggalakkan oleh rakyat Kelantan pada program-program anjuran UMNO sekarang ini perlu diterjemahkan dalam bentuk undi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14, sekali gus membolehkannya membentuk kerajaan dan memerintah negeri ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mandat rakyat penting kerana kerajaan pimpinan BN berazam untuk memajukan negeri ini demi kemakmuran rakyat, yang tertinggal 27 tahun di bawah pemerintahan

Baca Selanjutnya...

DUA isu ini sekarang adalah liabiliti terbesar DAP. Dua dosa besar DAP pada rakyat. Dosa rasuah ditanggung seumpama batu besar di atas kepala Guan Eng. Dosa pemilihan CEC ditanggung di atas kepala Kit Siang.

Selagi dua perkara ini gagal diselesaikan, DAP tidak usah cakap banyaklah. Dua dosa besar ini, puncanya adalah DAP sendiri. Jangan putar belit dan tuding jari pada orang lain lagi. Umpama telunjuk lurus, kelingking berkait.

Jika tidak merasuah, maka lawanlah secara undang undang di

Baca Selanjutnya...

KAJANG - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi mencuri perhatian awam, apabila kali ini menaiki Transit Aliran Massa (MRT) bersama-sama 'Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail'.

Jamal bersama kira-kira 50 pengikutnya terdahulu tiba di stesen Stadium Kajang sekitar jam 10.30 pagi bersama mockup gambar ketua pembangkang itu, sebelum menaiki MRT diiringi beberapa pengikutnya.

Mockup gambar itu disusuli kapsyen 'Tq PM kerana menyediakan perkhidmatan MRT dari Kajang

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kehebatan diaspora bangsa Melayu perlu dikekalkan bagi membolehkan mereka bersaing dengan bangsa lain di pentas antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bangsa Melayu sudah mampu menjadi Melayu Glokal untuk terus bersaing dan mengekalkan kehebatan tersebut bagi mengelak tragedi perpecahan dan ditindas seperti yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq dan Rohingya di tanah air mereka.

Antara faktor

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kesemua 191 ketua bahagian Umno seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti dan perdana menteri, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, sokongan padu berkenaan dizahirkan oleh 191 ketua bahagian dalam pertemuan tertutup dengan perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya pada Rabu malam.

"Kesemua ketua bahagian Umno memberitahu perdana menteri bahawa mereka semua di belakang

Baca Selanjutnya...

Foto Pilihan

  • KUALA SELANGOR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hab Nelayan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Sembilang, sebentar tadi. Hab berkenaan yang dilengkapi jeti pendaratan ikan berkeluasan 5,764 meter persegi, balai nelayan, jeti kerang, pasar nelayan serta jeti atau laluan pejalan kaki sudah mulai beroperasi lebih setahun lalu.

Editorial

Grid List

Berapa lama lagi puak DAP mahu berlakon, menagih simpati dan membohongi rakyat mengenai isu besar yang melibatkan persengketaan dalaman parti itu sendiri? Rakyat tidak bodoh dan tidak lupa.

Kita sedia maklum bahawa pada 17hb Julai 2017, Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menghantar surat kepada parti cauvinis DAP. ROS telah mengarahkan parti itu untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihak ROS.

Jika DAP masih tidak memberi

Baca Selanjutnya...

Sebelum ini, Sim Tze Tzin PKR, ahli Parlimen Bayan baru yang juga Pengarah Strategik PKR  telah memuat naik beberapa gambar lawatan beliau ke Tapak Lebuhraya Bayan Lepas ke Teluk Kumbar.

Yang menjadi persoalan ialah ahli politik PKR gagal menyatakan bahawa projek yang dilawati itu sebenarnya adalah projek Kerajaan BN Persekutuan. 


Ianya seolah-olah menunjukkan bahawa projek rakyat ini adalah usaha kerajaan DAP negeri padahal ianya jauh sekali. Tindakan ahli politik ini telah dikecam oleh

Baca Selanjutnya...

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang dilabel sebagai ‘tamak kuasa’ dan ‘cakap tak serupa bikin’, memperlihatkan politik murahannya apabila sekali lagi cuba mempertahankan Dr Mahathir.

Agen propaganda pembangkang, MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan Kit Siang tentang penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal Forex.

Di antaranya, beliau mendakwa kononnya tempoh 3 bulan untuk Suruhanjaya Di Raja menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara sebagai :

1. ‘Direka untuk

Baca Selanjutnya...

Rupa-rupanya, kejayaan PM Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN Persekutuan menyiapkan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang telah benar-benar merisaukan kepimpinan Pembangkang seperti Nurul Izzah dan Rafizi Ramli.

Nurul Izzah yang sebelum ini mengaku bersalah kerana memfitnah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik itu telah membuat kenyataan  naïf kononnya Pakatan Harapan (PH) bersama mantan TPM (Muhyiddin Yassin) dan PM ( Dr Mahathir Mohamad)

Baca Selanjutnya...

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah diselimuti `syok sendiri'kah?

Bukan main lagi semalam beliau angkat dirinya  sebagai 'top dog' (pemimpin utama) yang setanding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana dakwanya, beliaulah pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) selepas dilantik sebagai Pengerusi gagasan pembangkang itu.

Tapi yang peliknya, ketua-ketua parti sekutu dalam PH tidak pula beranggapan begitu. Mereka kelihatan tidak ambil

Baca Selanjutnya...

Kita sedia maklum bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memperkenalkan satu inisiatif baharu yang dinamakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Jika merujuk web SPRM :

IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada

Baca Selanjutnya...

KELIHATAN teragak-agak nada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya dengan soalan siapa calon rasmi PM ke-7 Pakatan Harapan.

Dari video di YouTube klxpress Klik Sini, Muhyiddin mengakui `rakyat pasti nak tahu siapa ketua kerajaan’ seandainya Pakatan Harapan dikepalai DAP menang dalam pilihan raya umum akan datang nanti.

Dengan nada Muhyiddin nak tak nak komen isu `PM ke-7’  sehingga tidak pasti siapa calonnya sudah cukup menjelaskan tiada

Baca Selanjutnya...

Muhyiddin Yassin adalah di antara pelbagai pihak yang menentang projek super mega ini selain daripada rakyat dan NGO-NGO negeri. Agak melucukan kerana kini, Muhyiddin terpaksa menyapu balik ludah yang terpalik ke mukanya sendiri kerana bersekongkol dengan pihak tersebut.

Isu terowong bawah laut yang diselubungi pelbagai kontroversi semakin menghantui kerajaan DAP Pulau Pinang. Projek yang terdiri daripada terowong bawah laut  di antara Persiaran Gurney-Bagan Ajam (berhampiran Butterworth) dan

Baca Selanjutnya...

APA yang  Hew Kuan Yau  atau dikenali sebagai `Superman’ dari DAP cakap dalam video yang tular tahun lalu supaya `biar  Melayu skru orang Melayu' sudah menjadi kenyataan hari ini. VIDEO MELAYU SKRU MELAYU

Mana tidaknya. Struktur kepimpinan Pakatan Harapan  terdiri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pengerusi pakatan; Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum atau De Facto) manakala Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai  presidennya membuktikan kebenaran kata-kata `Superman’.

Baca Selanjutnya...

Struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Har?pan (PH) yang terbaru telah menyerlahkan lagi kekalutan, ragu sesama sendiri dan tiada kepakatan dalam pakatan pembangkang.

Lebih-lebih lagi apabila ada 3 ketua di dalam 1 struktur tersebut. Anwar Ibrahim adalah Ketua Umum, Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Sesiapa sahaja akan mempersoalkan, malah ada yang menyindir konsep 3 kepala 1 organisasi ini. Penyokong-penyokong pembangkang pula 'No Comment' hanya

Baca Selanjutnya...

BELUM masuk gelanggang pilihan raya umum ke-14 (PRU-14), apatah lagi untuk menang kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), rakyat Malaysia boleh menilai sendiri - boleh percayakah mereka pada kredibiliti Pakatan Harapan.
 
Mana tidaknya, Majlis Presiden atau badan tertinggi pakatan dikepalai DAP ini, diketuai tiga nakhoda. Dengan kata lain, tiga kepala - Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ketua Umum atau De Facto Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim  manakala presidennya, isteri Anwar
Baca Selanjutnya...

Mukhriz Mahathir telah mengesahkan bahawa Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak sejak 2014 lagi. Kenyataan itu dibuat semasa memberi keterangan perbicaraan kes saman fitnahnya terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri. Malah sebenarnya, Mahathir telah pun bersama dengan Mukhyiddin Yassin ketika itu.

Keterangan Mukhriz Mahathir telah membuka kembali persoalan tentang motif sebenar Mahathir menolak dan merancang untuk menjatuhkan Najib Razak. Kerana jika

Baca Selanjutnya...

Sabah & Sarawak

Grid List

KUCHING - Hari Sarawak 2017 peringkat negeri Sarawak pada tahun ini telah berlangsung dengan penuh meriah dan sederhana.

Sambutan pada tahun ini yang diadakan di Tebingan Kuching seawal jam 7.30 pagi tadi menyaksikan ribuan warga Sarawak dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum hadir bersama memeriahkan majlis.

Sambutan pagi tadi menyaksikan pelbagai persembahan telah disediakan oleh jawatankuasa penganjur sebaik sahaja tiba Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib

KOTA KINABALU - Makanan tradisi merupakan cerminan kepada identiti masyarakat yang ada pada setiap daerah di Sabah.

 

Penolong Pegawai Daerah Penampang, Henry Idol berkata, melalui Festival Makanan Tradisional Sabah, ia mampu menjadi platform terbaik untuk mempromosi dan menonjolkan identiti masyarakat Sabah melalui makanan tradisi.

“Setiap daerah boleh mengambil inisiatif menonjolkan makanan tradisional masing-masing yang menjadi simbol kepada kaum-kaum yang terdapat di setiap