21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Pembudayaan "Soaring Upwards" (Peningkatan Berterusan) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memberikan suntikan semangat kepada gerakan pendidikan tinggi negara termasuk para pelajar tentang perlunya peningkatan dan pencapaian berterusan bukan sahaja di peringkat domestik malah di persada dunia, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi itu, pembudayaan "Soaring Upwards" ini telah merekodkan pelbagai kejayaan yang dicapai oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Sebagai contoh, Universiti Awam (UA) di Malaysia berada dalam ranking 1% teratas dunia. Laporan QS World University Rankings 2016 menunjukkan Universiti Malaya telah berjaya meningkat ke kedudukan 133 daripada kedudukan 146 pada tahun 2015.

“QS World University Rankings by Subject 2016 pula melaporkan bahawa Universiti Malaya merekodkan peningkatan yang memberangsangkan dalam bidang Development Studies iaitu berada di kedudukan 30 terbaik dunia berbanding kedudukan 32 pada tahun 2015.

“Dalam masa yang sama bidang Engineering-Electrical & Electronic di Universiti Malaya juga mencatatkan meningkatkan dari kedudukan 51 pada tahun 2015 kepada kedudukan 37

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menggunakan peluang seoptimumnya sebagai Anggota Tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam mengketengahkan prinsip pemeliharaan keamanan, keselamatan sejagat berteraskan kesederhanaan dan rundingan secara damai.

Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican, pemilihan pada kali ini merupakan suatu bentuk penghargaan dan pengikhtirafan kepada negara kerana dalam pemilihan kali ini Malaysia telah menerima 187 undi

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menceritakan secara terperinci berkenaan kejadian kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dalam sidang Dewan Rakyat dan memberitahu punca insiden tersebut masih belum ditentukan malah siasatan oleh pasukan bomba dan penyelamat masih berjalan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, pelan kontigensi telah dimulakan dan pesakit dari HSA telah dipindahkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng semalam kononnya beliau dihalau keluar daripada kamar khas oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum sempat membahaskan ucapannya mengenai Belanjawan untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah tidak berasas.

Beliau semalam menuduh kononnya Pandikar memberi ‘syarahan’ berhubung isu subjudis saman Jabatan Keadilan (DOJ).

Dalam sidang media di lobi Parlimen selepas insiden itu semalam, Lip Eng mengakui mereka saling

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini membidas kenyataan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan mengatakan bahawa beliau diundi oleh wakil-wakil rakyat, dan bukannya dilantik semata-mata.

"Tolonglah, sebagai seorang ahli parlimen, beliau sepatutnya sedia maklum dengan peraturan perlembagaan.

"Saya bukan datang daripada kampung  dan lantik diri sendiri. Selepas dipilih oleh pihak majlis, saya perlu bertanding dan dihakimi oleh seorang mantan hakim

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Bagi menuntut agar keadilan dapat dicapai dalam kes tembak jatuh pesawat MH17 Malaysia Airlines, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara yang diwakili dalam Joint Investigation Team (JIT) sedang meneruskan perbincangan bagi dua opsyen pendakwaan yang telah dikenal pasti.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dua opsyen pendakwaan berkenaan termasuk pendakwaan di peringkat nasional oleh salah satu negara anggota JIT yang terdiri daripada Belanda, Ukrain

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Sejak diperkenalkan pada 6 April 2016, permohonan bagi Skim MyDeposit yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan (KPKT) telah mendapat 1,029 permohonan bagi rumah baharu dan 874 permohonan bagi rumah sekunder dengan permohonan tertinggi di catat di negeri Selangor.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata jumlah permohonan lengkap Skim Deposit yang diterima oleh KPKT sehingga tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2016 adalah

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..