22
Jum, Jun
80 ARTIKEL BARU

ALOR SETAR - Peminat bola sepak Kedah boleh menyaksikan perlawanan Liga Super antara skuad Helang Merah dan Terengganu di Stadium Darul Aman, di sini secara percuma Selasa malam.

Ini berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang menyediakan 24,000 tiket percuma yang boleh diperoleh di 16 kaunter tiket di stadium itu mulai pukul 10 pagi Selasa.

Timbalan Presiden KFA, Datuk Paduka Syed Unan Masri Syed Abdullah berkatakeputusan itu dibuat kerajaan negeri dan KFA sebagai menghargai peminat bola sepak negeri itu.

“Setiap peminat hanya boleh dapatkan satu tiket sahaja. KFA juga akan memperuntukan 200 tiket kepada setiap 30 anggota gabungan KFA,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas mengenai kedudukan Presiden KFA yang kosong selepas ditinggalkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebaik meletakkan jawatan Menteri Besar baru-baru ini, Syed Unan berkata pelantikan mungkin hanya dapat dibuat selewat-lewatnya Mac ini.

“Kena buat mesyuarat Exco dulu secepat mungkin dalam minggu ini dan kemungkinan besar awal bulan Mac kita akan lantik.

“Barisan Exco tiada perubahan, sebab masih kekal hingga 2018. Hanya jawatan presiden kosong, presiden kena ada pencalonan… itu

Baca Selanjutnya: Tiket Percuma Untuk Perlawanan Kedah-Terengganu Malam Ini

SUNDERLAND – Jaringan sendiri David de Gea pada minit ke-82 menyaksikan Manchester United tum­pas 2-1 kepada pasukan yang sedang bergelut dalam zon penyingkiran Sunderland semalam sekali gus menyukarkan peluang mereka untuk merebut tempat ke kelayakan Liga Juara-juara.

Memulakan perlawanan dengan matlamat mengurangkan jurang enam mata dengan pasukan di tempat keempat Manchester City, United ketinggalan seawal minit ketiga apabila sepakan Wahbi Khazri dari sebelah kiri melepasi semua pemain di

Baca Selanjutnya: United Dikecewakan Gol Sendiri De Gea

KOTA BHARU : Inilah jersi terbaru pasukan Kelantan yang dinanti-nantikan penyokong skuad itu, selepas ia menjadi bualan ramai apabila menerima penajaan besar daripada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman.

Empat jersi yang dikatakan mempunyai kelebihan dari segi kesihatan itu diperkenalkan kepada umum sebentar tadi dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC), Kota Bharu.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yakin jersi tersebut bukan sahaja hanya

Baca Selanjutnya: Inilah Jersi Kelantan Yang Ditunggu-Tunggu!

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) melantik Media Prima Berhad (Media Prima) sebagai penyiar rasmi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk tempoh tiga tahun, bermula pada musim ini.

FMLLP iaitu syarikat yang akan menguruskan Liga-M mulai musim ini, dalam kenyataan hari ini berkata Media Prima akan memulakan liputan menyeluruh pada 13 Februari ini dengan menyiarkan dua perlawanan secara langsung mulai jam 9 malam.

Media Prima akan memulakan liputan dengan

Baca Selanjutnya: Media Prima Penyiar Rasmi Liga M Untuk 3 Tahun

KUALA LUMPUR - Penjaga gol Mohd. Farizal Marlias menjadi wira Johor Darul Ta’zim apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk membantu juara Liga Super itu mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah setelah menewaskan Selangor 7-6 dalam perlawanan sumbangsih di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1 selepas Selangor menyamakan kedudukan pada minit ke-60 menerusi jaringan Hafiz Kamal setelah pemain tengah Hariss Harun meletakkan tuan rumah

Baca Selanjutnya: Farizal Jadi Hero JDT

PETALING JAYA : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mewujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita dalam waktu terdekat selaras dengan kehendak badan induk dunia (FIFA) bagi mempertingkatkan pembangunan permainan wanita.

"FAM tidak terkecuali daripada melaksanakannya...kita akan wujudkan Jabatan Bola Sepak Wanita kerana sebelum ini tidak ada," kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bola Sepak Wanita FAM 2016 di sini hari ini.

Seminar tiga hari

Baca Selanjutnya: FAM Akan Wujud Jabatan Bola Sepak Wanita

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesan beberapa kelemahan dan keadaan tidak selamat di Stadium Mohammad IV.

Menurut Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman, antara yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut semalam ialah tahap keselamatan seperti kawalan keselamatan laluan keluar masuk, sistem pendawaian, laluan kecemasan yang terhad dan sebagainya.

"Antaranya jalan keluar stadium yang mana semua pintu perlu ada pengawal keselamatan untuk mengawasi pintu sekiranya

Baca Selanjutnya: Stadium Pink Kelantan Lemah, Tak Selamat- JBPM

Lebih banyak artikel..