26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Keperluan mewujudkan Akta Kesaksamaan Gender dilihat amat perlu bagi mengimbangi peranan lelaki dan wanita di dalam pembangunan negara, ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Katanya, cadangan untuk menggubal RUU tersebut adalah selaras dengan komitmen dan keahlian Malaysia dalam Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

“Undang-undang ini akan membantu menghapuskan diskriminasi dan menegakkan kesaksamaan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Penggubalan akta ini dijangka dapat merapatkan ketidaksamaan gender yang wujud antara wanita dan lelaki dengan memasukkan prinsip-prinsip CEDAW ke dalam undang-undang di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), hari ini.

Menurutnya lagi, fenomena seperti penglibatan yang rendah dalam kalangan wanita di peringkat kepimpinan, stereotaip dan pengasingan pekerjaan dalam bidang professional, gaji yang tidak seimbang dan sebagainya dapat ditangani dengan penggubalan akta ini.

 

KUALA LUMPUR – Subsidi bagi setiap jemaah haji bagi tahun 2018 ialah sebanyak RM12,470, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Berikutan itu katanya, jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung Tabung Haji dianggarkan sebanyak RM400 juta berbanding dengan RM300 juta bagi musim haji tahun lalu.

“Kos haji bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM22,450 iaitu peningkatan sebanyak RM2,900 atau 14.8 peratus berbanding kos haji bagi tahun 2017.

“Peningkatan ini tidak

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Subsidi Haji 2018 RM400 Juta - Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan membatalkan segala projek mega yang dijalankan dengan China sekiranya berjaya memerintah negara.

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

Katanya, perancangan pembangkang itu akan menyebabkan segala usaha kerajaan terjejas untuk meningkatkan ekonomi negara.

“Dasar Malaysia tepat untuk menyokong ‘One Belt One Road Initative’, Cuma kita bimbang dengan janji manifesto PH yang semua projek

Baca Selanjutnya: #Parlimen : ‘One Belt One Road’ Tingkat Ekonomi Negara - Mustapha

KUALA LUMPUR - Program Pembangunan Usahawan Korporat yang dilaksanakan oleh MARA antara tahun 2016 dan 2017 telah menyaksikan pertumbuhan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) sebanyak 22.57 peratus.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi, pertumbuhan tersebut melibatkan sebanyak 52 syarikat IKS Bumiputra dengan peningkatan jumlah jualan tahunan sebanyak RM54 juta dari tahun 2016 hingga 2017.

“Untuk membiayai 52 syarikat PKS Bumiputra tadi

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Pertumbuhan Usahawan IKS Meningkat 22.57 Peratus - Timb Menteri

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

RUU yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan selepas undi belah bahagian dilakukan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu berkata seramai 64 orang tidak setuju dan seramai 123 ahli Parlimen menyokong.

Terdahulu Azalina di dalam penggulungannya hari ini menegaskan bahawa RUU tersebut

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Dewan Rakyat Lulus RUU Antiberita Tidak Benar 2018

KUALA LUMPUR – Sebagai persiapan menghadapi bencana banjir di negeri Kelantan, kerajaan telah membina bilik air dan kantin tambahan di beberapa sekolah di negeri tersebut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, kemudahan itu dibina di sekolah yang akan dijadikan sebagai pusat pemindahan mangsa banjir bagi memastikan keselesaan kepada mangsa banjir.

"Mangsa banjir hanya boleh dipindahkan di sekolah. Jadi kerajaan sediakan kemudahan tertentu. 

“Antaranya

Baca Selanjutnya: #Parlimen : Bilik Air dan Kantin Tambahan di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir - Shahidan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) buat masa ini tidak bercadang untuk mewujudkan tribunal bagi menangani dan menyelesaikan pertikaian di antara syarikat e-hailing dan pemandu-pemandu e-hailing.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, ini adalah kerana terdapat satu bahagian di SPAD yang dikenali sebagai Complaint Management Department (CMD) yang menguruskan semua aduan dan isu-isu yang berkaitan.

“Semua aduan dan isu-isu yang diadukan

Baca Selanjutnya: #Parlimen : SPAD Tidak Tolak Cadangan Tubuh Tribunal Atasi Isu Pemandu E-Hailing - Nancy

Lebih banyak artikel..