Sidang Parlimen sesi ini telah mengundang beberapa kontroversi terutamanya yang melibatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker), Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan ahli Parlimen Pembangkang.
Kebiadapan ahli Parlimen Pembangkang telah bermula setelah Speaker mengambil keputusan untuk menghalang lebih daripada 40 soalan berkaitan DoJ, 1MDB dan MO1 daripada ditanya oleh Ahli Parlimen berikutan beberapa peraturan mesyuarat bagi mengelakkan perbahasan dewan mempengaruhi kes mahkamah yang sedang atau bakal berjalan yang dikenali sebagai subjudis.
Kebiadapan ahli Parlimen pembangkang lebih terserlah apabila cuba mengganggu pembentangan bajet 2017 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia tempoh hari yang diakhiri dengan gimik mengosongkan dewan oleh semua ahli Parlimen pembangkang kecuali ahli parlimen PAS.
Lebih mengecewakan lagi apabila ahli Parlimen pembangkang ini cuba mempertahankan keputusan mereka untuk keluar daripada dewan dengan pelbagai alasan yang berbeza-beza dan tidak masuk akal.
Antaranya, PKR menyebut mereka keluar dewan kerana pembentangan bajet tidak realistik, DAP pula mengatakan Tan Sri Speaker telah menghalau mereka dan ada juga yang menyebut bahawa mereka tidak tahan