18
Sab, Ogs
62 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Seramai 5,615 orang telah menerima manfaat daripada skim Bantuan Geran Pelancaran yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sejak pelaksanaannya pada tahun 2010 sehingga 2015, skim tersebut telah melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16.88 juta.

"Dalam tempoh enam tahun pelaksanaan 'productive welfare' dari 2010 hingga 2015, seramai 5,615 orang penerima Bantuan Geran Pelancaran iaitu dengan jumlah perbelanjaan RM16.88 juta.

"(Manakala) Seramai 913 orang telah mendapat penempatan pekerjaan dan seramai 4,107 orang menerima bantuan barangan perniagaan di bawah (skim) 1Azam," katanya.

Menjawab soalan daripada Wong Sze Phin @ Jimmy (Kota Kinabalu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Rohani menjelaskan kementeriannya sentiasa komited di dalam membangunkan golongan miskin yang menerima bantuan agar mampu keluar daripada senarai menerima bantuan kerajaan bagi saraan hidup.

"Kementerian sentiasa berusaha ke arah membangun golongan miskin yang menerima bantuan agar mampu keluar daripada senarai menerima

Baca Selanjutnya: 5,615 Penerima Bantuan Geran Pelancaran Berjumlah RM16.88j - Rohani

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar supaya tidak masuk dalam majlis mesyuarat ketika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempengerusikannya.

Cabaran tersebut dibuat Pandikar memandangkan Lim tidak menghormati kedudukan Speaker yang dipilih di bawah Artikel 57 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

"Saya amat kesal terhadap sikap YB (Yang Berhormat) Segambut (Lim) yang tidak menghormati kedudukan seorang Speaker yang di pilih di bawah Artikel 57 (1) (a)

Baca Selanjutnya: "Saya Tidak Hormat YB Yang Tidak Hormat Perlembagaan" - Pandikar

KUALA LUMPUR - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan beban pekebun kecil getah kesan daripada penurunan harga getah, selain memastikan bekalan bahan mentah berterusan kepada sektor pemprosesan getah dan hiliran demi kemampanan industri getah.

Di dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menjelaskan mulai tahun 2016, Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG

Baca Selanjutnya: Kerajaan Sedia Dana RM200 Juta Bantu Pekebun Kecil Getah

KUALA LUMPUR - Kempen 'Beyond Nations' di bawah kelolaan MATRADE adalah usaha kerajaan untuk mengintegrasikan lebih banyak komuniti perniagaan dalam bidang eksport, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, kempen tersebut menyasarkan untuk meningkatkan peratusan eksport kepada 23% menjelang tahun 2020.

"Strategi kempen Beyond Nations adalah berdasarkan Strategi Lautan Biru yang melihat kepada non-exporters – kumpulan paling

Baca Selanjutnya: 'Beyond Nations' Sasar 23% Entiti Perniagaan Terlibat Dengan Eksport

Sesi perbahasan Belanjawan Negara 2017 lewat malam semalam sekali lagi telah menyaksikan kebiadapan ahli parlimen pembangkang.

Kali ini, ahli parlimen Kapar, Manivanan Gowin pula cuba menyemarakkan api apabila menyebut pihak Kerajaan yang tidak mengawal kenaikan harga barang bakal mengakibatkan kanak-kanak menjual dadah di jalanan seperti di Brazil dan Mexico, manakala kaum wanita pula dikatakan bakal menjadi pekerja seks seperti di Thailand.

"Adakah Kerajaan Persekutuan ingin menunggu

Baca Selanjutnya: Ehsanuddin Kesal Kebiadapan Ahli Parlimen Kapar

KUALA LUMPUR -  Penglibatan George Soros dalam penyaluran dana kepada NGO berkepentingan politik di negara ini perlu diambil serius, tegas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Pendedahan yang dibuat oleh portal antarabangsa DC Leaks berhubung tajaan dana oleh Open Society Foundations (OSF) terhadap NGO di negara ini katanya perlu dikhuatiri kerana menunjukkan adanya campur tangan asing yang meragukan.

"Siasatan terperinci perlu dibuat bagi memastikan dana yang

Baca Selanjutnya: Azalina: Dana Soros Perlu Diragui

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mencatatkan jumlah pelaburan dari negara China sebanyak RM15 bilion dalam sektor perkilangan bagi tempoh 2010 sehingga Jun 2016, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, pelaburan tersebut melibatkan 142 projek dan dijangka menjana 28,598 peluang pekerjaan.

Antara sektor yang menerima pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dari negara tersebut katanya adalah:

- barangan logam asas sebanyak

Baca Selanjutnya: RM15 Billion, 40,000 Peluang Pekerjaan Hasil Pelaburan Dari China - Ahmad Maslan

Lebih banyak artikel..