26
Rab, Sep
101 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji punca dan cadangan penyelesaian kepada kemerosotan enrolmen murid yang mengikuti aliran sains dan teknologi di sekolah.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, laporan jawatankuasa khas tersebut menyatakan bahawa kemerosotan enrolmen murid yang mengikuti aliran sains dan teknologi disebabkan kurikulum yang padat dan sukar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik, infrastruktur, persepsi yang kurang baik terhadap sains dan teknologi dan prospek kerjaya yang kurang memberangsangkan.

"Bagi mengatasi masalah ini KPM bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedang merangka pelan tindakan STEM Nasional 2017/2025 dengan memberi fokus kepada lapan bidang utama iaitu dasar, pengajaran dan pembelajaran, fasiliti, program kesedaran, kerjaya, kerjasama strategik, data serta penyeledikan, pengkomersialan dan inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen hari

Baca Selanjutnya: Kerajaan Laksana Pelan Tindakan STEM Nasional Atasi Kemerosotan Enrolmen Aliran Sains dan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang hari ini sekali lagi menampilkan kebiadapan mereka di dalam Dewan Rakyat.

Terbaru, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah bertindak biadap dengan berulang kali menyebut 'Menteri sial' ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sedang memberikan jawapan pada sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan.

Tajuddin ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali telah diganggu

Baca Selanjutnya: 'Menteri Sial' - Khalid Samad

KUALA LUMPUR - Dakwaan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin berkenaan isu bekalan air dan infrastruktur di Pulau Banggi, Sabah yang tidak mendapat perhatian kerajaan persekutuan ternyata dusta semata-mata.

Jimmy yang juga merupakan Penasihat DAP Sabah dalam ucapan Kamar Khas di Parlimen pada Selasa lalu dipetik sebagai berkata pulau tersebut jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan bekalan air akibat pengabaian kerajaan Barisan Nasional (BN)

Baca Selanjutnya: Kerajaan Tak Pernah Abai Infrastruktur, Kemudahan Bekalan Air di Pulau Banggi

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban mahasiswa termasuklah di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

Antaranya menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh ialah dengan pemberian Baucar Buku 1Malaysia, Kad Siswa dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menawarkan penajaan biasiswa/bantuan kewangan kepada mahasiswa yang memenuhi kelayakan

Baca Selanjutnya: Kerajaan Sedia Bantuan Kewangan Kepada Penuntut IPTS

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telahpun membelanjakan sebanyak RM1.9 bilion sebagai subsidi dan juga insentif kepada 135 ribu pesawah di seluruh negara bagi tahun 2016, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, jumlah tersebut meliputi RM460 juta untuk skim baja padi, skim bantuan input pengeluaran RM163 juta, insentif benih padi sah RM85 juta , skim subsidi harga padi RM616 juta, skim baja

Baca Selanjutnya: Kerajaan Belanja RM1.9 Bilion Bantu Pesawah

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menimbangkan cadangan untuk mengkaji semula Akta Pajak Gadai dan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Menurut Tan Sri Noh Omar, kedua-dua akta tersebut perlu diubahsuai dari segi pemantauan aktiviti pinjaman wang yang ketika ini sedikit ketinggalan.

"Kita memang sedang merancang untuk melihat balik Akta Pajak Gadai dan Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 ini yang mungkin perlu diubahsuai dari segi pemantauan yang kita tidak

Baca Selanjutnya: Kerajaan Pertimbang Kaji Semula Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951

KUALA LUMPUR - Universiti Penyelidikan (RU) telah berjaya meningkatkan kedudukan di dalam ranking antarabangsa seperti di dalam QS World University Rankings (QSWUR) dan QS Ranking University: Asia.

Berdasarkan QSWUR 2016, Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan ke-133 terbaik dunia berbanding kedudukan ke-146 pada tahun 2015. Universiti Putra Malaysia (UPM) juga meningkat di kedudukan ke-270 dari 331, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke- 288 dari 303 dan Universiti Kebangsaan Malaysia

Baca Selanjutnya: Ranking Antarabangsa Universiti Penyelidikan Negara Meningkat

Lebih banyak artikel..