12
Isn, Nov
48 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Kontrak penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) tidak akan disambung selepas tahun 2018 kerana tidak menjana keuntungan kepada negara, ujar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurut beliau, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM300 juta setahun untuk menganjurkan perlumbaan peringkat dunia itu bagi menarik kemasukan pelancong asing, selain memupuk bakat pelumba tempatan. 

Namun begitu tegasnya, jumlah peminat sukan F1 dari dalam dan luar negara merudum sejak kebelakangan ini, sekali gus tidak menjana pulangan seperti diharapkan. 

"Penganjuran F1 terlalu mahal untuk diteruskan dan sambutan daripada peminat sukan permotoran ini semakin hari semakin berkurangan. 

"Ia berbeza dengan perlumbaan Moto GP yang sehingga kini berupaya menarik peminat dari dalam dan luar negara, selain memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menonjol di arena antarabangsa. 

"Sehubungan itu, kontrak penganjuran F1 untuk tempoh 2016 hingga 2018 ini adalah yang terakhir dan ia tidak akan disambung," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. 

 

KUALA LUMPUR - Dakwaan wujudnya tourism penculikan di perairan negeri Sabah dinafikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. 

Sebaliknya kejadian penculikan membabitkan seorang lelaki warga Jerman dan teman wanitanya ditembak mati oleh lelaki bersenjata seperti dilaporkan jelas beliau berlaku di Tawi Tawi Selatan Filipina dan bukannya di Sabah seperti didakwa.

Walaubagaimanapun beliau tidak menafikan terdapat kekangan berhubung persempadan diantara Malaysia

Baca Selanjutnya: Nazri Nafi Wujud Tourism Penculikan Di Sabah

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata beliau tidak akan menarik perkataan 'sial' yang ditujukan kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Khalid, beliau hanya akan menarik balik perkataan tersebut sekiranya Tajuddin menarik balik kenyataannya yang disifatkan wakil rakyat itu sebagai 'tidak senonoh' di Dewan Rakyat.

"Biarpun bersongkok, tetapi perangai dan bahasanya (Tajuddin) adalah satu

Baca Selanjutnya: Khalid Samad Enggan Tarik Balik Ucapan 'Menteri Sial'

KUALA LUMPUR - Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 2016 dan diwartakan pada 25 Julai 2016 lalu merupakan satu undang-undang yang menumpukan kepada perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad menjelaskan pelaksanaan Akta A1511 ini akan melibatkan kerjasama pihak berkepentingan antaranya seperti Polis

Baca Selanjutnya: Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016 Tumpu Perlindungan dan Kebajikan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR - Semua permohonan ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Menengah di Universiti Awam (UA) mestilah memenuhi Syarat Am yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Syarat Khas yang ditetapkan oleh Senat UA masing-masing.

Dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowindasamy, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjelaskan hanya calon yang menepati syarat sahaja dipertimbangkan bagi permohonan ke program Ijazah Sarjana Muda

Baca Selanjutnya: Permohonan Pengajian Ijazah Sarjana Muda UA Mesti Patuhi Syarat Am

KUALA LUMPUR - PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan kerajaan terutamanya dalam soal Rang Undang-Undang 355 (RUU355), ujar Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

"Kerjasama dalam apa sahaja perkara yang baik, itu boleh berlaku. Contohnya dalam RUU355, kita harapkan kerjasama semua pihak terutamanya kerajaan.

"Jadi kita akan meneruskan sikap kita iaitu bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam perkara melibatkan orang Islam," kata Khairuddin kepada pemberita di

Baca Selanjutnya: PAS Terbuka Bekerjasama Dengan UMNO

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji punca dan cadangan penyelesaian kepada kemerosotan enrolmen murid yang mengikuti aliran sains dan teknologi di sekolah.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan, laporan jawatankuasa khas tersebut menyatakan bahawa kemerosotan enrolmen murid yang mengikuti aliran sains dan teknologi disebabkan kurikulum yang padat dan sukar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

Baca Selanjutnya: Kerajaan Laksana Pelan Tindakan STEM Nasional Atasi Kemerosotan Enrolmen Aliran Sains dan...

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.