23
Sab, Feb
0 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR – Kedaulatan serta keselamatan sempadan termasuk keselamatan di Lapangan Terbang seluruh negara merupakan satu elemen yang signifikan kepada kesejahteraan hidup rakyat dan pembangunan negara secara berterusan, tegas Kementerian Dalam negeri (KDN).

Justeru itu, menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi KDN sangat mengambil berat berhubung kedua-dua isu berkenaan bagi mengawal pelbagai bentuk ancaman daripada anasir subversif dalam negara atau luar negara yang boleh mengancam keharmonian dan keamanan negara dengan mengambil beberapa pendekatan baru.

Ia termasuk penubuhan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) supaya tindakan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih holistik dan bersepadu bagi mengekang ancaman dari anasir luar dan juga aktiviti penyeludupan di sempadan negara.

“Kementerian juga meneliti cadangan menaik taraf pagar keselamatan sedia ada dan pembinaan pagar keselamatan baharu di sempadan antarabangsa negara, ekoran dari beberapa insiden yang telah berlaku di sempadan negara, agar tidak berulang kembali,” ujarnya dalam sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) untuk kali pertama di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

 Dalam pada itu, Ahmad Zahid

Baca Selanjutnya: KDN Pandang Serius Isu Kedaulatan Negara, Laksana Pendekatan Baharu

KUALA LUMPUR - Sebanyak 836 representasi bantahan telah diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dengan syor persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, bantahan-bantahan tersebut diterima daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan juga parti-parti politik.

Ia sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa proses persempadanan semula yang dilaksanakan adalah bermotif politik.

Baca Selanjutnya: Persempadanan Semula: SPR Terima 836 Representasi Bantahan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi, yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini, akan berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat.

Budiman dan Mastura masing-masing mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baharu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini.

Perdana menteri turut mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Anggota Parlimen itu

Baca Selanjutnya: Najib Yakin Mastura, Budiman Berkhidmat Cemerlang Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berada pada prestasi yang lebih baik berbanding negara-negara lain di rantau Asia meskipun dalam kelembapan ekonomi global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Malaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak lima peratus pada tahun lalu, berbanding dengan Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6 peratus).
"Malah, pertumbuhan KDNK global dalam tempoh
Baca Selanjutnya: Ekonomi Malaysia Pada Prestasi Terbaik Berbanding Negara Lain Rantau Asia

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini akan menyaksikan berlangsungnya sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) untuk kali pertama.

Sesi baharu yang dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi Parlimen fasa pertama selain sesi Kamar Khas yang telah dilaksanakan bermula persidangan lepas.

Untuk sesi pagi ini menyaksikan dua soalan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) dan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (Kuala

Baca Selanjutnya: Sesi MQT Pertama Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR - Pemandu teksi tidak seharusnya merasa tergugat dengan kewujudan perkhidmatan Uber dan Grab, ujar Menteri di Jabatan Perdana Mentery, Datuk Nancy Shukri.
 
Sebaliknya ujar beliau, pemandu teksi perlu mengambil peluang meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka melalui Program Transformasi Industri Teksi (PTIP).
 
PTIP yang diluluskan kerajaan baru-baru ini menurut beliau, telah mengambilkira dan menangani hampir 90 peratus dari aduan, masalah serta cadangan yang disampaikan
Baca Selanjutnya: Nancy: Uber, Grab Tidak Harus Dilihat Sebagai Ancaman

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk membabitkan beberapa orang ahli Parlimen.

Perubahan tempat duduk tersebut melibatkan ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Muhyiddin kini ditempatkan di blok pembangkang selepas menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menerajui parti pembangkang itu sebagai Presiden.

Berikutan itu, kedudukan Muhyiddin diubah ke

Baca Selanjutnya: Dewan Rakyat: Muhyiddin, Shafie Berubah Kedudukan

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori

Consequat curabitur vitae nibh et ut orci senectus quis accumsan sem. Leo sed hendrerit libero nunc mattis vestibulum morbi morbi phasellus morbi. Curabitur congue enim consectetuer massa vivamus lorem at curabitur augue urna. Dolor egestas orci eleifend Sed convallis nullam morbi ut quis tincidunt. Amet sed condimentum fusce nascetur euismod massa venenatis ipsum convallis ut. Id elit eros a dictum.