23
Sel, Okt
29 ARTIKEL BARU

KETIKA ahli keluarganya yang lain sibuk mengatur persiapan sambutan ulang tahunnya yang ke-116 pada 29 Oktober depan, Esah Jusoh, 115 tahun dijemput Ilahi, semalam.

Pemergian Esah, yang dipercayai merupakan 'Wanita Tertua Asia' itu disaksikan oleh keluarga terdekat selepas terlantar akibat tidak sihat sejak dua minggu lepas.

Esah pernah menjadi tajuk berita utama sekitar tahun lalu kerana umurnya yang lanjut (115 tahun), namun mempunyai kesihatan yang baik dan masih cergas bergerak.

"Dia jarang duduk dan sentiasa berjalan di sekitar rumah sehingga dua minggu lalu, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," ujar salah seorang anaknya, Tuan Bidah Tuan Man, 66 tahun.

Anaknya turut memberitahu, walaupun pada usia lanjut, ibunya itu tidak mengalami sebarang penyakit kronik dan masih boleh bersiar-siar walaupun mempunyai masalah lutut.

"Kami rancang untuk mengumpulkan seluruh saudara-mara daripada 5 generasi, iaitu sekitar 500 orang untuk meraikan ulang tahunnya (Esah), namun ternyata Allah lebih sayangkannya," tambah Tuan Bidah lagi.

Esah meninggalkan 5 orang anak daripada tiga perkahwinan dan pastinya akan dirindui oleh lebih 500 ahli keluarganya yang lain.

MUMBAI: Seorang lelaki mengejutkan kakitangan salah sebuah hospital di Mumbai, apabila dia tiba-tiba bangun dari meja bedah siasat sebelum prosedur bedah siasat dilakukan ke atasnya.

Lelaki gelandangan tersebut yang dikenali sebagai Prakash, dikatakan telah meninggal dunia apabila pihak polis menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Prakash kemudiannya dikejarkan ke hospital dan disahkan menghidapi pelbagai jenis jangkitan.

Mayat Prakash yang kemudiannya dipindahkan ke unit autopsi untuk

Baca Selanjutnya: Mayat Bangun Dari Meja Bedah Gemparkan Hospital

Peminat bidang Astronomi kini berpeluang untuk merasai pengalaman bermalam di angkasa lepas, hasil kreativiti beberapa pemilik hotel yang menggunakan tema tersebut bagi menarik perhatian pelanggan mereka.

Baik dari segi pemilihan perabot, pencahayaan mahupun suasana hotel, semuanya direka khas bagi memastikan ianya bertepatan dengan konsep angkasa lepas yang dipilih, sama seperti yang dilihat di dalam filem-filem sains fiksyen dan pastinya akan membuatkan para pelanggan terpegun.

Hotel Kameha

Baca Selanjutnya: Peluang Bermalam Di Angkasa Lepas

Sheikh Imran Hosein atau nama penuh Imran Nazar Hosein di lahirkan di Trinidad yang terletak di kepulauan Caribbean pada tahun 1942. Keluarga beliau berasal dari India yang datang bekerja sebagai buruh di sana. Beliau merupakan graduan dari Institut Aleemiyah di Karachi. Selain dari itu beliau juga graduan dari beberapa Universiti termasuk Universiti Karachi, Universiti West Indies, Universiti Al Azhar dan Institut Hubungan Antarabangsa yang bertempat di Switzerland.

Beliau bertugas selama

Baca Selanjutnya: Kenali Ulama: Sheikh Imran Hosein

KUALA LUMPUR - Ampang Park yang merupakan pusat beli-belah terawal, mula beroperasi pada Mac 1973 bakal dirobohkan tak lama lagi bagi memberi laluan kepada pembinaan Stesen Mass Rapid Transit Bawah Tanah (MRT) Ampang Park.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah berkata, stesen terbabit akan berintergrasi secara fizikal dengan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park sedia ada bagi membolehkan

Baca Selanjutnya: Ampang Park Dalam Kenangan

MELAKA: Sebuah bom buatan sendiri meletup dan merosakkan kiosk ATM sebuah bank di Ayer Keroh di sini.

Tiga lelaki bertopeng menaiki sebuah kereta mewah dilihat telah meletakkan dua peranti buatan sendiri di kiosk ATM pada kira-kira jam 2 tadi.

Salah satunya meletup hingga menyebabkan kerosakan pada kiosk ATM tersebut.

Deputi Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, kesemua maklumat mengenai suspek diambil dari rakamanan CCTV bank berkenaan dan ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan

Baca Selanjutnya: Letupan Bom di Kiosk ATM Ayer Keroh

1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata. 

2.Dyslexia adalah disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia

Baca Selanjutnya: 7 Fakta Mengenai Dyslexia

Lebih banyak artikel..