12
Sel, Dis
913 ARTIKEL BARU

PEGUAM Negara Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Jeff Sessions sekadar mengulangi kenyataan Peguam Negara AS sebelumnya tanpa menyedari hakikat saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DOJ)  tiada kaitan secara langsung dengan 1MDB.

Kenyataannya bahawa kononnya dakwaan korupsi berkaitan 1MDB merupakan "kleptokrasi pada tahap paling parah" dan AS sedang berusaha untuk memberikan "keadilan kepada mangsa-mangsa yang terbabit" membuktikan Sessions tidak memahami fakta kes berkaitan.

Lebih-lebih lagi apabila dokumen saman sivil ini hanyalah berdasarkan aduan dan andaian semata-mata sedangkan FBI belum lagi melakukan sebarang penyiasatan yang berjaya mengadakan bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah.

Siapakah "mangsa-mangsa terbabit" dalam dakwaan Sessions? Apabila saya bertanyakan soalan kepada Thomas Goldstein, antara peguam Mahkamah Agung berpengalaman di AS mengenai justifikasi DOJ memfailkan saman ini dengan mengaitkannya dengan 1MDB sedangkan 1MDB tidak pernah membuat aduan dan mengaku dana atau wang kepunyaannya dicuri? Goldstein mengakui bahawa kes ini agak pelik kerana 1MDB bukan pengadu dan tidak mengakui kehilangan wang.

Mungkin kerana ada pihak yang beranggapan bahawa AS

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Ekspo Negaraku 2017 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan berakhir pada 15 Disember ini, disarankan agar dipanjangkan tempoh pameran bagi memberi peluang lebih ramai pengunjung menyaksikan ekspo berkenaan.

Ia disarankan oleh beberapa Ketua Bahagian Umno dari seluruh negara yang dibawa melawat pemeran itu sempena Persidangan Agung Umno yang berlangsung dari 5 hingga 9 Disember ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR [KEMASKINI] – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan perasmian Laman Media sempena Pehimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula 5 hingga 9 Disember ini.

Ahmad Zahid, yang juga menjalankan tugas – tugas Timbalan Presiden turut mengadakan lawatan ke beberapa ruangan kerja media tempatan.

"Kita menyediakan tempat atau ruang yang lebih kondusif untuk membuat liputan sempena perayaan kali ke-71 dan gendang Pilihan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemberi rasuah diberi tumpuan yang sewajarnya dari aspek siasatan dan pendakwaan seperti mana penerima rasuah, dalam usaha membasmi jenayah itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pada masa ini pihak yang berkenaan seolah-olah "terlepas pandang" terhadap pemberi rasuah apabila tidak ramai pelaku kesalahan itu didakwa dan dihukum.

Katanya adalah tidak adil jika tindakan siasatan, dakwaan dan hukuman

Baca Selanjutnya...

“Tiada sebarang tindakan diambil ke atas 1MDB buat masa ini. Hanya ke atas harta yang dirasakan diperoleh menggunakan wang milik 1MDB,” ujar Thomas C Goldstein, Pegumabela Mahkamah Agung Amerika Syarikat ketika ditanya mengenai tindakan rampasan sivil terhadap 1MDB.

Tom Goldstein menjawab pertanyaan tersebut yang dikemukakan ketika sesi ceramahnya berkenaan ‘Litigasi Jenayah di Amerika Syarikat’ di Fakulti Undang-undang UiTM, semalam.

Menurut beliau, tiada siapa yang boleh dilucutkan aset

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini merupakan 'ibu segala perhimpunan' bagi memastikan parti keramat Melayu itu berada pada posisi kukuh dalam persekitaran politik kini yang kian mencabar, tegas Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian.

Malah, beliau turut dipetik berkata, perhimpunan kali ini merupakan pentas akhir bagi kepimpinan parti untuk menampilkan kemampuan mereka bagi meraih sokongan pengundi Melayu menjelang Pilihan Raya Umum

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Masih terlalu awal untuk menamakan siapa individu yang akan dipanggil memberi keterangan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ini kerana pihaknya baru saja memulakan siasatan menerusi pasukan khas yang ditubuhkan; diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Amar Singh Ishar Singh sejurus menerima laporan kes itu, pada Khamis lalu.

Ujar beliau

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..