19
Isn, Feb
734 ARTIKEL BARU

BANGI - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meluluskan pemberian geran sebanyak RM5 juta sebagai modal suntikan kepada koperasi sekolah terpilih di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, geran tersebut diberikan sebagai salah satu transformasi kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dalam memajukan koperasi di sekolah disamping inisiatif memantapkan pertumbuhan ekonomi negara.

Katanya, geran tersebut juga diberikan sebagai sokongan untuk menjadikan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) mencapai matlamat yang ditetapkan.

“Kita mahu pelajar didedahkan proses awal untuk menjadi usahawan dan pemimpin dengan berkecimpung dalam koperasi di samping menentukan kecenderungan anak-anak tersebut.

“Selain itu, kita juga mahu tahun-tahun seterusnya nanti pengerusi koperasi dan pihak berkepentingan dapat menerima ilmu bermanfaat seperti daftar perniagaan, e-dagang dan ilmu penting yang berkaitan demi masa hadapan,” katanya dalam sesi interaktif bersama pengetua sekolah dari seluruh negara sempena Seminar Transformasi Koperasi Sekolah 2018, di sini malam tadi.

Yang turut hadir Menteri Pendidikan, Datuk Seri

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail seorang pemimpin yang banyak memberi sumbangan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada rakyat sebagai anggota Parlimen, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata Abdul Manan, 70, telah memberi khidmat dengan penuh dedikasi dan menjalankan tugasnya dengan begitu baik sepanjang perkhidmatannya.

Perdana menteri berkata beliau begitu merasai kehilangan Abdul Manan, apatah lagi anggota Parlimen Paya Besar bagi penggal

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Penggubalan akta untuk mengekang berita palsu merupakan satu mekanisme yang baik dan kena pada waktunya untuk dilaksanakan ujar Exco Puteri UMNO, Khaidhirah Abu Zahar.

Katanya, ia memandangkan aktiviti-aktiviti penyebaran berita palsu ketika ini agak sukar untuk dikawal sekiranya tidak diperhalusi dengan undang-undang terperinci.

“Yang penting adalah undang-undang yang ingin diwujudkan itu juga perlu diperincikan dengan baik dan gerak kerja yang baik serta ada juga tindak balas

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata, jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus dari 2016.

Pengerusinya Tan Sri Samsudin Osman berkata keseluruhan prestasi 2017 adalah juga

Baca Selanjutnya...

KUANTAN - Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, meninggal dunia di Taman Melawati, Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Abangnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, berkata adiknya berusia 69 tahun itu terjatuh di bilik air, dipercayai mengalami serangan jantung.

"Urusan pengebumian termasuk lokasi disemadikan masih dalam perbincangan keluarga. Saya sedang berurusan dengan keluarga di Kuala Lumpur," katanya di sini, sebentar

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Kempen Keselamatan Jalan Raya Kerajaan 2018 akan memfokuskan kepada aspek pemanduan selamat penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kemalangan maut melibatkan golongan tersebut, ujar Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.

Menurut beliau, pemfokusan itu dilakukan selepas 64.51 peratus daripada 6,740 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lepas melibatkan penunggang motosikal.

“Jadi pada tahun ini, kita berharap kempen yang dilakukan serta

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) sejak malam tadi kerana jangkitan paru-paru susulan batuk berterusan.

IJN dalam kenyataan hari ini berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kini menerima rawatan di wad am.

Dr Mahathir dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan beliau menerima rawatan selain dipantau rapi.

Kenyataan IJN berkata, hanya ahli keluarga terdekat dibenar melawat.

Sebelum

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..