19
Isn, Feb
734 ARTIKEL BARU

Pertelingkahan antara dua parti komponen pakatan pembangkang, PAS dan DAP seakan-akan sudah kehilangan harapan untuk berakhir, apabila pihak yang diletakkan harapan untuk menyelesaikannya seakan-akan mahu lepas tangan.

Jika sebelum ini tugas mempertaut antara dua parti yang sangat jauh berbeza ideologi itu dilakukan oleh bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas ketiadaan beliau, harapan diletakkan di bahu penggantinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Selaku Ketua Pembangkang yang baru dan Presiden PKR, Wan Azizah dilihat satu-satunya tokoh yang mampu menjadi 'orang tengah' bagi meredakan pertelagahan serius antara PAS dan DAP ketika ini.

Malangnya, PKR berpandangan bukan tugas Ketua Pembangkang itu untuk mendamaikan pertelingkahan antara Pas dengan DAP yang berlarutan sehingga kini.

Menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, hal yang berlaku antara parti dalam pakatan pembangkang itu di luar peranan ?Wan Azizah, yang tertumpu kepada hal-hal nasional atau yang berkaitan dengan parlimen.

"Bukan peranan Wan Azizah untuk satukan semua orang. Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, isu yang dia bicarakan ialah soal isu
Baca Selanjutnya...

PASIR MAS: Tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan untuk melemahkan parti, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, pimpinan parti perlu mengadakan perbincangan sekiranya timbul permasalahan dan tidak membuat kritikan secara terbuka yang boleh memberi kesan kepada parti. "Kritikan ini sepatutnya dibuat secara perbincangan dalaman dan bukan di luar...musuh

Baca Selanjutnya...

Pertembungan antara dua aliran berbeza dalam PAS semakin dalam dan jurang pemisah antara kedua-duanya kian melebar menjelang pemilihan parti itu di Muktamar Tahunan ke-61 pada 4 hingga 6 Jun depan.

Jika sebelum ini PAS dikenali sebagai parti yang bijak menyembunyikan masalah dalaman, senario semasa ambang muktamar ke-61 memperlihatkan tradisi itu kini dipecahkan apabila kenyataan dan serangan terbuka sesama ahli dilakukan dengan jelas.

Terbaru, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu 'menyerang'

Baca Selanjutnya...

Bagi membina kesatuan antara ketiga-tiga parti yang membentuk pakatan pembangkang, iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS, kesemua parti itu bersetuju dengan prinsip "setiap parti berhak memperjuangkan dasarnya masing-masing melalui wadah partinya sendiri.

Walau bagaimana pun, dalam masa sama, sebagai satu pakatan, setiap parti perlu berpegang kepada dasar yang dipersetujui bersama".

Malangnya, prinsip ini terbukti gagal dipatuhi apabila DAP di siang hari menentang bermati-matian usaha

Baca Selanjutnya...

 

Ulama PAS hari ini menggesa ditinggalkan perbuatan mengejek dan mempersenda para ulama yang soleh, yang gigih berdakwah dan sentiasa memelihara hukum hakam Islam.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali (gambar) berkata, perbuatan mengejek para ulama yang memiliki sifat-sifat sedemikian, dibimbangi mengundang kemurkaan Allah.

"Usahlah bersuara lantang mengejek dan mempersenda Alim-Ulamak yang soleh, yang hidupnya setiap hari pagi dan petang, dari muda hingga

Baca Selanjutnya...

Bagi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kepada konflik dalaman pakatan pembangkang membabitkan Pas dan DAP terus berlarutan. Katanya, Anwar dianggap sebagai 'orang tengah' dalam menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dalam Pakatan Pembangkang (PR). "Anwar sebagai penghubung dan menyeimbangkan salah faham dalam PR. Ketiadaan Anwar bermakna PR kehilangan 'orang tengah' yang sangat aktif", katanya

Baca Selanjutnya...

Kewujudan pemimpin-pemimpin PAS yang dapat memenuhi kehendak DAP, atau mereka yang 'yes man' kepada apa sahaja kemahuan parti sosialis itu, ternyata bukan satu tuduhan tidak berasas musuh-musuh politik PAS.

Demikian juga dengan kewujudan pemimpin-pemimpin PAS yang lunak dengan tuntutan dan desakan DAP. Ia juga satu realiti dan bukan tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab.

Segala-galanya tentang soal dalaman PAS bagaikan terdedah apabila Muktamar Tahunan parti itu kali ke-61 yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..