12
Sel, Dis
906 ARTIKEL BARU

KUALA LUMPUR - Pusat Transformasi Komuniti (CTC) bergerak yang beroperasi menggunakan bas akan ditambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, program tersebut dirangka untuk memberi perkhidmatan lebih baik, khususnya kepada masyarakat pedalaman, ketika ini mencatatkan impak positif kerana berupaya menjimatkan perbelanjaan rakyat.

"Masyarakat luar bandar menerima baik usaha ini kerana mereka tidak lagi perlu ke bandar untuk membeli barang, sebaliknya kita menggunakan bas yang diubah suai sebagai kedai bergerak.

"Oleh itu, saya minta CTC bergerak ini ditambah untuk beri perkhidmatan lebih baik kepada mereka (masyarakat luar bandar)," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran), di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Juslie meminta perincian mengenai langkah kerajaan dalam merangka program berimpak tinggi menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bakal dilaksanakan untuk penduduk kawasan luar bandar.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, contoh terbaik NBOS adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, badan bukan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan yang memberi manfaat kepada rakyat dengan cara paling cekap dan kos efektif termasuk pengenalan kepada Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Program Kerjasama Pasukan Polis – Tentera (Police – Military Collaboration).

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada masa kini terdapat 20 UTC di seluruh negara dengan penjimatan pembangunan sebanyak RM2 bilion

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang untuk membangunkan semula kawasan perbandaran padat yang dilihat tidak lagi sesuai untuk didiami rakyat pada masa ini.

Menteri berkenaan, Tan Sri Noh Omar berkata, pembangunan semula itu akan melibatkan penempatan atau rumah flat yang mempunyai satu atau dua bilik.

“Satu kongres akan diadakan pada Januari (2018) untuk membincangkan perkara ini dengan pihak yang berkaitan secara lebih mendalam. Sehingga

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Kekurangan kawasan yang tidak mempunyai jaringan infrastruktur yang baik terutamanya jaringan gentian optik di Malaysia menjadi salah satu faktor kepada kelajuan internet di negara masih berada di tahap yang sederhana.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), bagi memastikan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dapat disediakan kepada rakyat, ianya memerlukan jaringan infrastruktur komunikasi yang luas dan komprehensif di seluruh pelusuk negara

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 240 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil di peringkat persekutuan dan negeri.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 74 syor dikemukakan terhadap aktiviti kementerian/jabatan dan badan-badan berkanun persekutuan, 36 syor (pengurusan syarikat kerajaan dan agensi kerajaan persekutuan) serta 130

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menangani isu – isu berbahaya seperti permainan dalam talian ‘Blue Whale Challenge’, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan beberapa sesi konsultasi dengan pelbagai golongan masyarakat di semua peringkat termasuk kanak – kanak, ibu bapa, golongan pendidik dan badan organisasi berkaitan.

Hasil daripada konsultasi berkenaan, SKMM telah merangka beberapa siri pelan pelaksanaan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur anggota parlimen Shah Alam kerana mengganggu aturan mesyuarat dan kerap mencelah semasa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan jawapan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Semasa sesi yang sedang membincangkan isu agama dan perkembangan kumpulan atheis dalam negara, Khalid Abd Samad (Amanah-Shah Alam) mencelah membangkitkan beberapa perkara berupa dakwaan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..