23
Sab, Sep
704 ARTIKEL BARU

KOTA BHARU – Satu bantahan aman oleh Penduduk Kejiranan Raja Dewa telah diadakan di perkarangan Masjid Sultan Muhammad II atau Masjid Telipot untuk membantah pembinaan Kondominium 24 tingkat, Jumaat.

Pembinaan Kondominium 24 tingkat itu yang telah dirancang oleh Yayasan Islam Kelantan di atas lot tanah PT 470 terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Sultan Muhammad II.

Penduduk dan Kariah masjid Telipot mendakwa pembinaan kondominium itu bakal menganggu proses pengubahsuaian untuk membesarkan Masjid Telipot kelak kerana jumlah jemaah masjid yang semakin ramai.

“Adalah lebih baik Tanah Lot PT 470 itu diberikan ruang kepada Pembesaran Masjid dengan berbagai aktiviti seperti pusat pengajian dan sebagainya yang lebih berfaedah.” Ujar Sheikh Abd Rahim Sheikh Mohammad, Timbalan Pengerusi JawatanKuasa Persatuan Penduduk Setempat Raja Dewa.

Tambah beliau lagi, penduduk juga meragui bagaimana penyerahan tanah kepada Yayasan Islam Kelantan yang baru diluluskan dan dikeluarkan no lot PT 470 hanya dalam masa tidak sampai setahun dari fail ukur yang dimasukkan pada 30 Julai 2014.

Satu surat bantahan telah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Ahmad Yaakob bertarikh 11

Baca Selanjutnya...

KAJANG: Hujan lebat lebih sejam petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Jalan Cheras Batu 12, Kampung Sekamat, di sini, dilanda banjir kilat.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas manakala orang ramai pula sibuk mengalihkan kenderaan masing-masing bagi mengelak ditenggelami seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, hujan lebat sejak 4 petang di kawasan terbabit menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira 0.5 meter.

Baca Selanjutnya...

BUKIT MERTAJAM: Polis meletupkan satu bungkusan hitam dipercayai mengandungi grenad yang ditemui dalam tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan Kulim di sini, tengah malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata, bom itu diletupkan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat pada pukul 12.05 tengah malam, kira-kira 10 meter di luar tandas stesen minyak itu.

"Bom tangan itu diletupkan selepas

Baca Selanjutnya...

KOTA BHARU: BN tidak perlu letak calon untuk Pilihan Raya Kecil N06 Chempaka, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kerja-kerja pasca banjir, demikian pandangan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Bagi saya secara peribadi, merasakan mungkin tidak perlu BN letak calon kerana kita hendak tumpukan kepada kerja-kerja pemulihan banjir,” jelasnya.

Mustapa, Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan memberitahu satu sidang media di sini, bahawa buat masa ini masih terlalu banyak kerja-kerja pemulihan

Baca Selanjutnya...

SEBERANG JAYA – Debaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh mula terasa apabila rakyat di Permatang Pauh mula membangkitkan soal kebajikan mereka terutama membabitkan janji-janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sehingga kini tidak ditunaikan.

Penduduk di flat Gerbang Tuna terpaksa meluahkan perasaan tidak puas hati mereka berikutan sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat tiada satu pun daripada permintaan mereka termasuk janji-janji Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lepas ditunaikan. Menurut
Baca Selanjutnya...

JOHOR BAHRU: Tidak menghairankan apabila dua guru Melayu mengajar bahasa Mandarin untuk orang dewasa dan kanak-kanak kerana kedua-dua mereka telah menggunakan dialek itu sejak usia tiga tahun lagi. Faiezah Ahmad Fauzi, 30, dan kakaknya, Fazlieana, 31, mula mempelajari bahasa Mandarin di usia muda setelah bapa mereka bertegas mahu mereka mempelajarinya kerana percaya ia akan mampu memberi manfaat kepada masa depan mereka. Bapa mereka, yang memiliki perniagaan paip, mahukan kesemua enam anaknya
Baca Selanjutnya...

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..