24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu yang ditempatkan di pusat pemindahan kini meningkat kepada 5,550 orang pagi ini berbanding 4,813 orang malam tadi.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Roslina Ngah dalam satu kenyataan berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima daerah terjejas sejak banjir melanda negeri ini masuk hari keempat.

Kuala Terengganu mencatatkan paling banyak mangsa banjir, iaitu 3,927 orang daripada 927 keluarga, yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan.

Banjir di Marang melibatkan 967 orang (236 keluarga), yang ditempatkan di lima pusat pemindahan dan Setiu 349 orang (78 keluarga) ditempatkan di 10 pusat pemindahan.

Di Besut pula sebanyak 291 orang daripada 80 keluarga dipindahkan ke tiga buah pusat pemindahan dan di Dungun sebanyak 16 orang daripada tiga keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nyior. Sehingga kini, 42 buah pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di Terengganu.

Orang ramai yang ingin mengetahui keadaan terkini banjir di negeri ini boleh menghubungi bilik gerakan bencana negeri di talian 09-6316021 atau laman web etindakan.terengganu.gov.my.

Sementara itu, cuaca di Kuala Terengganu dan

Baca Selanjutnya...

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengisytiharkan cuti bencana hari ini berikutan pusat pengajian tinggi itu dilanda banjir.

UMT mengumumkan hari ini sebagai cuti sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian manakala UniSZA mengumumkan semalam dan hari ini sebagai cuti darurat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Canselor UMT, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo dan Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Yahya Ibrahim.

Kawasan

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR: Satu kejadian angin berpusar seakan-akan puting beliung berlaku di Kampung Sungai Nona, dekat Simpang Empat, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi, menyebabkan beberapa rumah di kawasan itu mengalami kerosakan.

Difahamkan, insiden puting beliung itu adalah yang keempat berlaku di Kedah sejak ia melanda Pendang pada 14 Oktober lalu.

Dua lagi insiden direkodkan sebelum ini ialah di Kampung Sungai Bharu pada 31 Oktober serta Taman Wira Mergong, di sini, pada 2 November

Baca Selanjutnya...

HULU TERENGGANU: Jenazah pelajar yang hilang sewaktu menyertai perlumbaan maraton di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang dan ditemui meninggal dunia kemudiannya, selamat dikebumikan awal pagi tadi.

Jenazah Ahmad Rafikin Azman, 16, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dikebumikan kira-kira pukul 1.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara di Kuala Berang di sini.

Suasana pilu menyelubungi semasa pengkebumian diadakan.

Terdahulu jenazah dimandi dan dikafan di Hospital

Baca Selanjutnya...

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 47 orang sehingga pagi ini, berbanding 20 orang petang semalam.

Menurut kenyataan banjir dalam portal etindakan.terengganu.gov.my hari ini, mangsa yang terdiri daripada 15 keluarga, dipindahkan apabila kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam.

Seramai 38 orang daripada mereka kini ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala sembilan

Baca Selanjutnya...

Bala Chantar @ Sulaiman Abdullah, bekas Naib Ketua PKR cabang Ampang telah ditemui mati gantung diri di bilik rumahnya, Flat Desa Lembah Permai, Ampang kira-kira jam 6.30 petang tadi. Mayat Sulaiman telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras untuk dibedah siasat.

Sulaiman telah meninggalkan tiga orang isteri pada mana hanya isteri pertamanya sahaja yang telah berdaftar kahwin. Dikhuatiri akan berlaku perebutan mayat dalam urusan pengebumian sama ada mengikut cara

Baca Selanjutnya...

KOTA KINABALU: Dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang, baru-baru ini adalah ahli kumpulan penculik yang mempunyai kaitan dengan tentera Kesultanan Sulu (RSF) di Selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dua suspek terbabit turut dipercayai cuba melakukan beberapa siri rompakan di sekitar negeri ini bagi mencari dana untuk kegiatan culik mereka.

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman Sabah Police Commisioner“Dua suspek terbabit berasal dari Filipina di

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..