20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

BANTING: Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.

Berhenti sebar gambar

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang

Baca Selanjutnya...

Tidak menghairankan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdolak dalik apabila membabitkan 15 projek pembangunan perumahan oleh PERDA dan JKP Sdn. Bhd. Projek Bandar Perda yang bermula pada 1994 adalah projek pembangunan yang merangkumi aspek hartanah, kediman, hospital, pejabat dan komersial.

Lim Guan Eng telah menghantar surat kepada YAB Timbalan Perdana Menteri pada 23 Oktober 2014 menjelaskan mengapa permohonan PERDA belum diluluskan kerana terdapat beberapa halangan dari

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR: Tahun Baharu Maal Hijrah 1436 membawa sinar kepada dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Alor Bangsa, Simpang Kuala kerana bakal menerima rumah baharu tidak lama lagi.

Rumah itu merupakan sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu, yang menelan belanja RM100,000.

Shuib Ismail, 62, berkata selepas rumahnya terbakar beliau dan isterinya, Hasnah Arifin, 59, serta dua anak perempuan mereka berumur 23 dan 30 tahun terpaksa

Baca Selanjutnya...

ALOR SETAR: Seorang wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari salah satu bangunan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Kejadian disedari kira-kira pukul 7.30 pagi ini oleh seorang tukang cuci apabila ternampak mayat mangsa yang dikenali sebagai Teoh Ah Fong, 48 terbaring dan berlumuran darah.

Menurut sumber SuaraTV wanita berketurunan Cina itu mempunyai masalah mental dan dikatakan terjun dari tingkat 7 bangunan tersebut. Pihak polis yang dihubungi sebentar tadi berkata mayat

Baca Selanjutnya...

Hujan lebat yang melanda Lintang Sungai Ara 15, Georgetown, Pulau Pinang tengah hari tadi telah menyebabkan kawasan sekitar dilanda banjir kilat.

Menurut laporan dari portal Harian Metro, air naik sehingga paras lutut dan menenggelamkan jalan raya lantas mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk.

Walau bagaimanapun, banjir mulai surut sekitar jam 2 petang tadi dan suasana kembali normal.

1376531_811852052189363_8657022787253231150_n1779955_811852075522694_4597164215130032002_n

10644539_811851968856038_2943049661266625382_o

10703832_811851912189377_2726128861273411068_n

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi yang lemah dengan kekuatan 4.4 pada skala Richter berlaku pada 1.40 tengah hari ini di Pulau Banggi, Kudat dekat sini hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, pusat gempa bumi itu ialah 328km di barat daya Palawan, Filipina dan 60km di timur laut Pitas, Sabah.

Gempa bumi itu idak menimbulkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

Pulau Banggi merupakan sebahagian daripada gugusan pulau-pualu yang terletak di dalam Bahagian Kudat dan di

Baca Selanjutnya...

(KEMASKINI) Bumbung jejantas di Lebuhraya Perling - Pasir Gudang berdekatan Taman Kobena, Pasir runtuh ketika hujan lebat melandar bandar raya Johor Bharu dan menimpa beberapa kenderaan sehingga mengakibatkan lima cedera.

Runtuhan menghempap kenderaan yang melalui kawasan berkenaan telah menyebabkan dua buah kereta, sebuah lori dan sebuah motorsikal rosak.

Balai Bomba Johor Bharu dalam kenyataannya berkata, seorang pemandu lori yang tersepit apabila kenderaannya dihempap runtuhan tersebut telah

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..