23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14. Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 Sept lalu. “Calon yang tepat…(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi,” katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada ‘Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri’ di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini hari ini. Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama. Najib berkata jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan. Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam
Baca Selanjutnya...

Berita tragedi Bayi Nur Imna Khalisa 3 Bulan Meninggal Dunia di Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11 : Putrajaya? Kes bayi di Putrajaya sekali lagi? Nampaknya kes taska meragut nyawa kanak-kanak tidak berdosa atas kecuaian yang dilakukan oleh kakitangan taska yang tidak terlatih terus berulang lagi.

Orang mahu buka perniagaan dan bisnes taska, dia pun mahu buka juga. Malangnya, apabila amanah yang telah diberikan tidak pula digalas dengan elok dan penuh bertanggungjawab.

Menurut Ibu mangsa

Baca Selanjutnya...

IMG-20140902-WA0067-2 KUALA LUMPUR - Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan ditemui mati di sebuah rumah kosong di Wangsa Maju awal pagi ini. Menurut laporan, mayat mangsa ditemui oleh seorang anggota tentera berpangkat koperal daripada cawangan selenggaraan yang secara kebetulan sedang melakukan rondaan rumah kosong di kawasan tersebut. Mangsa dikenali sebagai Zuraidi Mohamad berusia sekitar 30-an, masih lengkap berpakaian uniform ketika ditemui tergantung di siling ruang tamu rumah tersebut. Saksi
Baca Selanjutnya...

Kanak-Kanak-4-Tahun-Maut-Ditinggalkan-Dalam-Kereta Alor Setar, 21 Ogos – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun ditemui meninggal dunia akibat lemas selepas mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kereta oelh bapanya di Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Kuala Nerang semalam. Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai lemas selepas ditinggalkan hampir 8 jam oleh bapanya, Adnan Salleh yang merupakan seorang guru agama di sekolah berkenaan. Menurut laporan, lelaki itu yang menyedari anaknya tidak sedarkan diri telah membawa kanak-kanak itu
Baca Selanjutnya...

mgfupb01UNIT Pemunsah Bom (UPB) Ibupejabat Polis Daerah Kajang telah meletupkan bom zaman jepun yang dijumpai orang awam semalam. Bom seberat 226 kilogram, bersaiz 47 sentimeter panjang dan 43 sentimeter lebar itu jika meletup mampu mengegarkan kawasan sekitar sehingga 1.5 kilometer persegi dan boleh mengakibatkan kerosakan harta benda. Untuk memastikan keselamatan penduduk setempat, pihak UPB dengan berhati-hati mengambil masa kira-kira enam jam untuk mengeluarkan bom yang tertanam dalam tanah dan
Baca Selanjutnya...

IMG-20140829-WA0084-2 DUNGUN: Satu kemalangan ngeri melibatkan dua kenderaan iaitu Honda CRV dan Proton Perdana berlaku petang tadi di Jalan Santong  menghala ke Durian Mas, Dungun. Dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu, tiga lelaki terbunuh di tempat kejadian selepas kedua-dua kereta tersebut bertembung di arah bertentangan. Bagaimanapun dua lagi mangsa lelaki termasuk seorang kanak-kanak dipercayai menaiki kereta Honda CRV hanya mengalami kecedaraan dan telah dibawa ke Hospital berdekatan. Menurut saksi
Baca Selanjutnya...

Punca Bekalan Air Selangor KL terputus

Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) mengesan berlaku pencemaran diesel ke atas sumber air mentah di muka sauk loji rawatan air (LRA) Bernam River Headwork, Sabak Bernam sehingga mengakibatkan henti tugas sementara loji terpaksa dilakukan sejak jam 10.40 pagi tadi.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), dianggarkan 30,831 pintu rumah (154,155 pengguna) di Hulu Selangor dan Sabak Bernam terputus bekalan air dan menghadapi tekanan air rendah.

Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.