24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

Di musim tengkujuh kali ini, Sabah juga tidak terkecuali dari menerima tempiasnya. Kudat antara lokasi yang diteggelami banjir.

Bantuan segera telah diberikan dan lawatan diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sikuati Kudat oleh YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pertahan yang juga merangkap Ahli Parlimen Kudat siang tadi.

Lawatan bersepadu ini turut dihadiri adalah YB Tan Sri Sukarti Wakiman, SKN Sabah, Encik Sapri Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat, Syariff Azad Syariff Attar Pegawai Pendidikan Daerah Kudat dan En Mujin Durin Pegawai Kebajijan Masyarakat bagi daerah Kudat.

Tidak timbul soal kononnya Sabah dipinggirkan oleh pemimpin sedangkan bantuan telah disalurkan dan lawatan bersepadu diadakan oleh pemimpin-pemimpin dari pelbagai agensi turut turun padang mengambil bahagian.

Dari lawatan bersepadu ini, kampong-kampong yang terlibat seperti Kampong Korina, Kampong Narandang, Kampong Andap Jawa di dalam daerah Sikuati telah disalurkan dengan pelbagai bantuan keperluan asas.

Turut dicapai adalah rancangan jangka panjang untuk membina sebuah dewan di SK Sikuati bagi menempatkan mangsa banjir dimasa akan datang. Sebuah jambatan baru juga bakal dibina dengan kos RM40,000

Baca Selanjutnya...

Pengalaman berdepan banjir dalam keadaan di luar jangka sehingga melumpuhkan daerah itu pada tahun lalu, telah meletakkan pengurusan bencana Kemaman dalam keadaan bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Banjir besar kembali berulang kini membolehkan proses penyaluran bantuan dan kerja-kerja penyelamat berjalan lancar.

Justeru, tidak hairan lah Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pengurusan bencana di daerah ini telah mencapai piawaian 'gold standard'.

Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun meninggal dunia sejam selepas makan bersama bapanya di sebuah kedai makan, di sini.

Bapa mangsa, Hamzah Mat Som, 48, berkata, di kedai berkenaan, anaknya, Nuran Zuriman Hamzah, menikmati nasi goreng cina manakala dia hanya makan kentang goreng.

Menurutnya, ketika itu anaknya berselera menjamah hidangan berkenaan tanpa menunjukkan sebarang perubahan sehingga pulang ke rumah.

“Sebaik sampai di rumah kira-kira jam 7.30 malam, arwah terus

Baca Selanjutnya...

GEORGETOWN : Kerajaan negeri Pulau Pinang menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Januari depan sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

“Perkara ini tidak benar sama sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau

Baca Selanjutnya...

KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melawat Kelantan yang dilanda banjir terburuk sejak seminggu lalu. Beliau seterusnya mendengar taklimat banjir Kelantan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim. Beliau seterusnya akan ke Depoh Bekalan Bencana

Baca Selanjutnya...

Sebuah kereta jenis Toyota Camry milik Kedutaan Turki di Kuala Lumpur yang dilarikan dari sebuah stesen minyak di Wangsa Maju rupa-rupanya digunakan oleh dua lelaki untuk menyamun dengan menyamar sebagai anggota polis di Ipoh.

Portal The Rakyat Post melaporkan dua suspek terbabit sudah menyamun tujuh kali, termasuk dua kali dengan menyamar sebagai anggota polis di sekitar kawasan Menglembu di bandaraya itu sejak awal pagi Khamis, sebelum berjaya dikesan oleh anggota polis kira-kira jam 12

Baca Selanjutnya...

Kejadian di Pulau Pinang telah menyaksikan seorang wanita, Lee Seok Pheng berumur 47 tahun mati dilanggar sebuah kereta selepas bersemuka dengan seorang pemandu kereta yang membuang sampah berdekatan dengan rumahnya. Kejadian tersebut berlaku di lot tempat kereta sebuah apartment berhampiran Lebuhraya Thean Teik pada jam 12.30 tengah malam semalam. Pemandu tersebut dikatakan tib-tiba sahaja mengamuk dan cuba melanggar Lee dan juga suaminya. Lee terjatuh dan digelek kereta tersebut manakala
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..