11
Isn, Dis
908 ARTIKEL BARU

Kereta Perisai Terbalik, Dua Anggota Tentera Maut

Wilayah
Typography
IMG-20140703-WA0030 KUALA KANGSAR - Dua anggota tentera ?masing-masing ?berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang ?dinaiki ?bersama dua lagi anggota ?hilang kawalan ?sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar. IMG-20140703-WA0034 Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama. Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah. Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan.