13
Rab, Dis
895 ARTIKEL BARU

Kecoh Kisah Kaki Babi Dalam Soto Ayam Di Kuching

Wilayah
Typography
[caption id="attachment_16201" align="aligncenter" width="499"]Gambar yang didakwa kaki babi digunakan dalam sup soto yang dihidangkan oleh pengusaha warung dan dijual kepada pengguna Islam.  Gambar yang didakwa kaki babi digunakan dalam sup soto yang dihidangkan oleh pengusaha warung dan dijual kepada pengguna Islam.[/caption] KUCHING – Sebuah medan selera di Kuching gempar apabila didakwa menghidangkan sup kaki babi di dalam menu soto ayam kepada pelanggan terutama pelanggan beragama Islam. Perkara itu kini hangat diperkatakan di media sosial. Menurut seorang pemilik akaun Facebook, Hadzman Jonny, perkara itu disedari beliau dan dua rakannya lebih kurang jam 7.40 malam ketika menikmati makanan di sebuah warung yang terletak di tingkat 1 sebuah medan selera di bandar raya berkenaan. Ketiga-tiga pelanggan beragama Islam itu mula curiga dan mengesyaki menu soto ayam yang dihidangkan menggunakan sup kaki babi dan bukannya kaki lembu seperti yang didakwa pemilik warung berkenaan. Ragu dengan keadaan sup berkenaan, mereka bertindak ke kaunter bayaran dan mengarahkan pekerja warung berkenaan membuka kuali sup. Mereka kemudian terkejut kerana daging dalam sup berkenaan langsung tidak menyerupai daging lembu atau ayam. Lebih memeranjatkan, pekerja Indonesia di situ berbohong mengenai agama mereka bagi menutup aktiviti menjijikkan itu daripada diketahui pelanggan. “Sebelum meninggalkan permis berkenaan, saya menunjukkan gambar tersebut dan bertanya apakah makanan itu kepada wanita berbangsa Cina yang berkebetulan lalu di sana. Dia memerhati gambar tersebut dan tanpa ragu menjawab, “INI KAKI BABI LEH!!!”, katanya dalam Facebook. Satu laporan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah dibuat pada 10 Jun lalu dan siasatan lanjut akan dibuat JAIS bagi mmastikan tiada umat Islam disitu tertipu dengan aktiviti berkenaan.