16
Kha, Ogs
56 ARTIKEL BARU

#PulauPinang : Mati Dilanggar Selepas Tegur Jangan Buang Sampah.

Wilayah
Typography
Kejadian di Pulau Pinang telah menyaksikan seorang wanita, Lee Seok Pheng berumur 47 tahun mati dilanggar sebuah kereta selepas bersemuka dengan seorang pemandu kereta yang membuang sampah berdekatan dengan rumahnya. Kejadian tersebut berlaku di lot tempat kereta sebuah apartment berhampiran Lebuhraya Thean Teik pada jam 12.30 tengah malam semalam. Pemandu tersebut dikatakan tib-tiba sahaja mengamuk dan cuba melanggar Lee dan juga suaminya. Lee terjatuh dan digelek kereta tersebut manakala suaminya sempat mengelak. Pemandu tersebut seterusnya cuba untuk melarikan diri tetapi ditahan oleh beberapa saksi di tempat kejadian. Lee telah disahkan mati pada jam 1.17 pagi di Hospital Pulau Pinang.