23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

Banjir: Kemaman Boleh Jadi Contoh

Wilayah
Typography

Pengalaman berdepan banjir dalam keadaan di luar jangka sehingga melumpuhkan daerah itu pada tahun lalu, telah meletakkan pengurusan bencana Kemaman dalam keadaan bersiap sedia lebih awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Banjir besar kembali berulang kini membolehkan proses penyaluran bantuan dan kerja-kerja penyelamat berjalan lancar.

Justeru, tidak hairan lah Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pengurusan bencana di daerah ini telah mencapai piawaian 'gold standard'.

"Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat bermula peringkat prabanjir dalam mesyuarat awal yang bermula April lagi" katanya.

Beliau juga mencadangkan model SOP pengurusan banjir Kemaman ini diguna pakai untuk tempat-tempat lain yang mengalami kejadian banjir selepas melihat pengurusan banjir Kemaman yang begitu memberangsangkan.

Katanya beliau kagum dengan inisiatif Parlimen Kemaman di bawah kendalian Ahmad Shabery yang telah melakukan persiapan awal sejak April terutama berhubung aspek penambahbaikan.

"Beberapa tambahan seperti Helipad, 30 depoh pangkalan hadapan, pencawang TM telah dinaikkan supaya tak kena pada air, set generator tambahan dan juga kemudahan-kemudahan lain termasuk set beg tidur yang nampaknya menjurus kepada pentadbiran banjir yang amat berkesan.

"Saya nak cadangkan templat model Kemaman ini boleh diguna pakai untuk tempat-tempat lain," katanya.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.