23
Kha, Nov
923 ARTIKEL BARU

Mangsa Banjir di Sabah Bersyukur Dan Berterima Kasih

Wilayah
Typography

Di musim tengkujuh kali ini, Sabah juga tidak terkecuali dari menerima tempiasnya. Kudat antara lokasi yang diteggelami banjir.

Bantuan segera telah diberikan dan lawatan diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Sikuati Kudat oleh YB Datuk Abdul Rahim Bakri, Timbalan Menteri Pertahan yang juga merangkap Ahli Parlimen Kudat siang tadi.

Lawatan bersepadu ini turut dihadiri adalah YB Tan Sri Sukarti Wakiman, SKN Sabah, Encik Sapri Ibrahim, Pegawai Daerah Kudat, Syariff Azad Syariff Attar Pegawai Pendidikan Daerah Kudat dan En Mujin Durin Pegawai Kebajijan Masyarakat bagi daerah Kudat.

Tidak timbul soal kononnya Sabah dipinggirkan oleh pemimpin sedangkan bantuan telah disalurkan dan lawatan bersepadu diadakan oleh pemimpin-pemimpin dari pelbagai agensi turut turun padang mengambil bahagian.

Dari lawatan bersepadu ini, kampong-kampong yang terlibat seperti Kampong Korina, Kampong Narandang, Kampong Andap Jawa di dalam daerah Sikuati telah disalurkan dengan pelbagai bantuan keperluan asas.

Turut dicapai adalah rancangan jangka panjang untuk membina sebuah dewan di SK Sikuati bagi menempatkan mangsa banjir dimasa akan datang. Sebuah jambatan baru juga bakal dibina dengan kos RM40,000 bagi menggantikan jambatan yang telah rosak teruk akibat banjir.

Syarikat konsesi penyelanggaraan jalanraya, Syarikat Pembinaan Kekal Mewah juga telah diarahkan untuk melakukan kerja baik pulih jalanraya yang rosak.

Bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih dengan kerajaan Barisan Nasional, hasil lawatan dan bantuan serta perancangan jangka panjang yang telah dirangka, mangsa banjir berasa amat dihargai dan tidak dilupakan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.