24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

Penduduk Flat Gerbang Tuna Seberang Jaya Kesal Aduan Mereka Diabaikan

Wilayah
Typography

SEBERANG JAYA – Debaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh mula terasa apabila rakyat di Permatang Pauh mula membangkitkan soal kebajikan mereka terutama membabitkan janji-janji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sehingga kini tidak ditunaikan.

Penduduk di flat Gerbang Tuna terpaksa meluahkan perasaan tidak puas hati mereka berikutan sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat tiada satu pun daripada permintaan mereka termasuk janji-janji Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lepas ditunaikan. Menurut salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Hamka memberitahu kebocoran air paip itu telah berlaku sejak beberapa tahun lalu tanpa sebarang tindakan susulan biarpun banyak aduan telah dilaporkan sebelum ini.

“Kejadian ini telah berlaku sebelum saya memasuki flat ini lagi.

“Kita telah mengajukan banyak permasalahan ini tetapi sehingga ke hari ini masih tiada lagi tindakan susulan dan penduduk mula berasa bosan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” tegasnya dalam nada kecewa.

Lebih mendukacitakan mereka, aduan turut disampaikan kepada ADUN Seberang Jaya dari PKR, Dr. Afif Bin Bahardin yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi tiada sebarang tindakan.

“Perkara ini telah diajukan kepada ADUN di sini, tetapi tiada sebarang tindakan sebaliknya hanya memberikan ubat jentik-jentik sahaja bagi mencegah nyamuk Aedes,” katanya lagi.

Bayangkan perkara itu telah berlaku selama tiga tahun dan berapakah jumlah gelen atau meter padu air yang telah terbuang.

Baru-baru ini Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menaikkan harga tarif air sehingga menyebabkan rakyat berasa terbeban.

https://www.youtube.com/watch?v=KiAETT_vtPg