22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

PENYANYI yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh, Pak Pandir meninggal dunia pada usia 62 tahun.

Pak Pandir atau nama sebenarnya Azmi Ali menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kajang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Isteri Pak Pandir, Rosmi Salmiah memaklumkan pemergian suami tercinta melalui entri FB, pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair pada Selasa lalu.

Terdahulu Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

"Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

"Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yg terbaik utk saya," tulisnya awal pagi semalam.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham

Baca Selanjutnya: Pak Pandir 'Yang Remeh Temeh' meninggal dunia selepas menderita 3 penyakit

GEORGETOWN – Pelawak dan pelakon veteran, Pie atau nama sebenarnya, Shafiee Jaafar, 86, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam tadi.

Anaknya, Subariah, berkata ayahnya meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Balik Pulau, akibat sakit tua.

"Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat," katanya.

Kerjaya seni Pie bermula apabila beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di

Baca Selanjutnya: Pelakon Pie Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser jam 11.30 malam tadi di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini. 

Perkara ini disahkan anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah. 

Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate

Baca Selanjutnya: Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia

FACEBOOK mengemas kini laman sosialnya dengan memperkenalkan ciri terbaharu, comments video, yang membolehkan pengguna meninggalkan video sebagai komen pada posting rakan Facebook mereka.

Dengan memilih ikon kamera di bawah kotak ‘reply’ - sebelum ini hanya digunakan untuk menambah gambar - pengguna kini boleh memuat naik klip video mereka sebagai balasan komen.

Ciri ini boleh didapati di iOs, Android, dan juga di laman web.

Menurut portal The Verge, ciri terbaharu ini diprototaip sebagai

Baca Selanjutnya: Facebook Kini Boleh Komen Guna Video

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Bustamam Idris, 77, atau lebih dikenali sebagai Pak Tamam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini malam tadi.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Hafiz Nafiah berkata pelakon era 80-an itu meninggal dunia kira-kira 11.55 malam akibat komplikasi paru-paru.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai sebelum solat Jumaat, katanya

Baca Selanjutnya: Pelakon Veteran Tamam Idris Meninggal Dunia

SHAH ALAM - Pakar motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi telah kembali ke rahmatullah pada 12:45 tengah hari tadi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Berita duka ini dimaklumkan oleh anak saudaranya, Abdul Muein Abadi, 28, kepada Sinar Online sebentar tadi.

"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.

"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu," katanya.

Dalam pada masa itu, menerusi

Baca Selanjutnya: Prof Izzi Meninggal Dunia

SHAH ALAM - Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Malam Gala KaryaONE Wave Awards 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, malam tadi.

Apa yang membanggakan, kos penganjuran majlis anugerah tersebut diusahakan sepenuhnya oleh para pelajar FiTA yang terdiri dari lima cabang program iaitu program Filem, Penulisan Kreatif, Animasi, Teater dan Pengurusan Industri Kreatif dibawah bimbingan 74 orang pensyarah serta

Baca Selanjutnya: KaryaONE Wave Awards 2016 Bukti Pelajar FiTA UiTM Berdikari Dan Berdaya Saing

Lebih banyak artikel..