10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

Memang gempak beb. Hari ni ramai selebriti turut serta dalam program #phgkutwtup yang diadakan di Dataran Teluk Chempedak Kuantan ni.
Bukan setakat Rosyam Nor atau lebih dikenali sebagai Castello ni sahaja yang menggamatkan keadaan, tetapi kemunculan YAB Perdana Menteri jugak buat orang teruja.
YAB Perdana Menteri muncul pada jam 1:31 petang dengan menyapa peserta - peserta #phgkutwtup melalui laman sosial internet.
Walaupun beliau tidak dapat menghadiri secara fizikal, namun kesudian beliau yang meluangkan masa selama setengah jam berinteraksi dengan peserta cukup bermakna.
Selain bertanya khabar, YAB Perdana Menteri juga turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan dan sokongan anak - anak muda terhadap Kerajaan.
Tidak ketinggalan YB Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien juga turut meluangkan masa bertweet bersama peserta.
Program julung - julung kali yang diadakan ini memang meriah beb. Nak lagi meriah, meh turun malam ni. Ada pelancaran Pakej Jalur Lebar Mampu Milik, Portal Pahangku Media dan juga perasmian penutup Tweetup Pahang. Jangan lupa, turun ramai - ramai!!! - Semut Hitam
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.