22
Sab, Sep
110 ARTIKEL BARU

NEW YORK - Seikat rambut anggota Beatles, mendiang John Lennon mendapat bidaan hingga mencecah RM50,000 dalam sesi lelongan yang akan ditutup pada 20 Februari ini.

Difahamkan, potongan rambut itu sudah berada dalam simpanan seorang pendandan gaya selama 50 tahun selepas memotong rambut penyanyi legenda itu pada September 1966.

Ketika itu, Lennon yang meninggal dunia Disember 1980, menjadi satu-satunya pemuzik yang membintangi filem berlatarkan Jerman, How I Won the War arahan Richard Lester.

Syarikat lelong berpangkalan di Dallas, Heritage Auctions mengumumkan potongan rambut yang dilelong kali ini adalah 'yang terpanjang' pernah diterima. Rambut itu juga mempunyai nilai sejarah tersendiri iaitu dipotong selepas sebulan album Revolver diedarkan.

Sementara itu, laporan sebuah akhbar menyebut, pembida berpeluang mendapatkan gambar daripada filem How I Won the War yang sudah ditandatangani Lennon. Ini termasuk dua artikel yang mengesahkan potongan rambut terbabit.

Selain rambut Lennon, beberapa barangan peribadi anggota The Beatles juga tersenarai untuk dilelong termasuk LP Please Please Me yang ditandatangi keempat-empat anggota kumpulan berkenaan.

Ada juga gambar dengan

Baca Selanjutnya: Rambut John Lennon Dilelong RM50,000

KUALA LUMPUR - Acara berprestij, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang memasuki edisi ke-29 kembali dengan menampilkan tema #RESPEK.

Pemilihan tema yang membawa maksud menghormati, menyanjung, mengiktiraf dan menghargai individu atau sesuatu perkara itu dianggap bertepatan dengan industri seni yang antara lain mahu karya penggiatnya diterima, dihargai dan dihormati.

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 29, Datuk Mahfar Ali, berkata tema #RESPEK diharap dapat mendekati kelompok

Baca Selanjutnya: ABPBH 29 Kembali Dengan Tema #RESPEK

JIKA anda masih ingat, sekitar 14 tahun lalu, kita pernah dihidangkan dengan drama bersiri penyiasatan paranormal berjudul X-Files, gandingan mantap dari Detektif Fox Mulder dan Detektif Dana Scully.

Selepas itu, kelibat kedua-dua detektif itu tidak lagi kelihatan dalam kaca televisyen melainkan dalam siaran ulangan.

Kini, kerinduan para peminat siri televisyen ini terubat apabila drama popular itu kembali disiarkan dalam drama enam episod yang mula ditayangkan Isnin lalu menerusi Astro

Baca Selanjutnya: X-Files Kembali Temui Peminat

SHAH ALAM - Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-30 malam tadi menyaksikan Lagu Potret ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar dendangan penyanyi Akim & The Majistret membolot trofi berprestij itu, yang disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Lagu berkenaan meraih trofi dan hadiah wang tunai RM50,000, selain turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, sekali gus memenangi trofi dan RM12,000.

AJL30 yang dipancarkan Pamoga Qu Puteh turut menyaksikan

Baca Selanjutnya: AJL 30 Milik Potret

KUALA LUMPUR - Filem 'OlaBola' yang mula ditayangkan pada 28 Jan lalu menerusi 126 pawagam di seluruh negara dan Brunei berjaya mengutip RM2.5 juta dalam tempoh empat hari.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu turut mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.

"Malah OlaBola turut memberikan impak besar di laman-laman sosial dan menjadi trending di laman twitter sebanyak enam kali.

"Istimewanya, rata-rata tweet di laman

Baca Selanjutnya: OlaBola Catat Kutipan RM2.5 Juta Empat Hari Tayangan

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan memberi bantuan bulanan kepada pelakon veteran, Amran Aman Ramli, 65, atau Amran Tompel yang diserang angin ahmar sejak dua bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, berkata sejak dua tahun lalu, JKM memberi Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM200 sebulan untuk seorang anak pelakon itu yang masih belajar.

Berikutan satu keluarga hanya layak mendapat satu bantuan, katanya

Baca Selanjutnya: JKM Beri Bantuan Kepada Amran Tompel

MUMBAI - Dalam dunia filem Bollywood, siapakah yang lebih handal daripada pelakon kacak glamor Shah Rukh Khan, Aamir Khan, Salman Khan dan pelakon jelita Priyanka Chopra?

Jawapannya: Seorang lelaki yang jauh lebih tua usianya daripada mereka sendiri. Lebih tepat lagi berumur 73 tahun dan lelaki tersebut sebenarnya ialah aktor veteran, Amitabh Bachchan.

Jangan salah faham, ini sebetulnya hanyalah dalam soal ‘kehandalan’ bintang-bintang filem Hindi itu berjaya menguasai dunia media sosial bukan

Baca Selanjutnya: Amitabh Bachan Lebih Hebat Dari Shah Rukh Khan

Lebih banyak artikel..