10
Isn, Dis
37 ARTIKEL BARU

LONDON - Pelakon veteran Britain, Alan Rickman, yang memainkan watak Profesor Snape dalam siri filem popular Harry Potter meninggal dunia pada usia 69 tahun, kata ejennya pada Khamis.

Menurut media tempatan, beliau meninggal dunia akibat kanser.

Kematiannya juga mengejutkan ramai pihak, termasuk editor-editor hiburan, peminat dan rakan-rakan industri hiburan.

Mendiang pernah memenangi anugerah Golden Globe, Emmy, dan Bafta.

Pelakon terkemuka berkenaan sering membawa watak antagonis termasuk sebagai watak Syerif Nottingham dalam filem  Robin Hood: Prince of Thieves dan juga sebagai watak pengganas Hans Gruber dalam filem Die Hard.

AGENSI

KUALA LUMPUR: Filem ‘Polis Evo’ terbitan Astro Shaw dan diproduksi oleh Tayangan Unggul telah mencatat sejarah dunia perfileman Malaysia apabila berjaya mengutip RM17.30juta selepas 42 hari ditayangkan di 83 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan karya asal oleh produksi Astro Shaw iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf ini berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam perfileman negara, sekaligus memecah rekod kutipan tiket

Baca Selanjutnya: Polis Evo Catat Sejarah Kutip RM17.30 Juta

KUALA LUMPUR: Penyanyi antarabangsa dari United Kingdom (UK), Sam Smith mengesahkan dia akan menyanyikan lagu tema francais filem James Bond terbaharu, Spectre.

Lagu berjudul Writing's On the Wall itu akan dilancarkan pada 25 September ini, sebulan sebelum filem itu ditayangkan di UK.

Smith berkongsi kegembiraan itu dengan para peminatnya di laman Instagram. Dia menyifatkan peluang menyanyikan lagu tema filem berkenaan sebagai satu penghormatan tertinggi dalam kerjayanya.

Dalam temu ramah

Baca Selanjutnya: Sam Smith Sahkan Akan Menyanyikan Lagu Tema James Bond, Spectre

Seperti yang dijangka, Hafiz Suip dengan lagunya 'Bahagiamu Deritaku' dinobatkan sebagai Juara AJL ke-28. Hyper Act pula mengejutkan ramai dengan mendapat tempat ke-2 menerusi lagunya 'Hanya Aku'. Manakala tempat-3 juga adalah satu lagi kejutan apabila Altimet dan Awi Rafael menghiburkan penonton di Stadium Putra, Bukit Jalil melalui lagu 'Kalau Aku Kaya'.

Selain itu juga, Hafiz turut merangkul Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Lagu Mobile manakala Jacyln Victor pula berjaya merangkul

Baca Selanjutnya: #AJL28 : 'Bahagiamu Deritaku' Rangkul Tempat Pertama Anugerah Juara Lagu ke-28

 

PETALING JAYA: Filem aksi, Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh.

Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.

Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, berkata,  kutipan memberangsangkan itu turut didorong reaksi positif peminat selain langkah promosi yang giat dijalankan terhadap karya itu.

“Kami tidak 
Baca Selanjutnya: 'Polis Evo' Kutip RM8 Juta Selepas 11 Hari Ditayangkan

Buat pertama kalinya sebuah filem televisyen keluaran Astro First Eksklusif berjudul Cinta Paling Agung telah diadaptasi di dalam bentuk novel.

Karya naskah yang diterbitkan oleh Penerbitan Karya Seni Sdn. Bhd  sudah menemui peminat novel tempatan pada 17 Julai lalu bersamaan dengan tarikh tayangan filemnya di Astro First.

Walaupun hampir  sebulan karya tersebut berada di pasaran, namun sambutannya agak memberangsangkan dan dijual lebih daripada 8,000 ribu naskhah.

Novel yang diambil berdasarkan

Baca Selanjutnya: Novel Cinta Paling Agung Laris Terjual Lebih 8,000 Naskah

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mengharamkan penayangan filem kontroversi The New Village dibuat berikutan kandungannya yang bertentangan dengan fakta sejarah selain terlalu menyanjungi perjuangan komunis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengarahkan supaya filem berkenaan diolah, namun pihak penerbit berkenaan gagal mematuhi syarat ditetapkan.

Jelas Ahmad Zahid lagi, larangan penayangan filem yang sepatutnya ditayangkan

Baca Selanjutnya: PENGHARAMAN PENAYANGAN FILEM THE NEW VILLAGE ADA UNSUR KOMUNIS

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.