Watak animasi manga, Naruto bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak, bahkan ada juga golongan remaja dan dewasa yang menjadi pengikut setia karakter tersebut.
Sejak diterbitkan pada 1999 dan isu terakhirnya pada 2014, Naruto menjadi sebuah komik yang cukup popular dan siri televisyen serta filem berkaitan karya itu juga mendapat sambutan.
Kini, melangkah setapak ke hadapan, tiba masanya karya ini diangkat untuk persembahan pentas menerusi Pembukaan Live Spectacle (Naruto) yang akan diterbitkan sendiri produser asalnya, Masashi Kishimoto, menggunakan teknologi terkini dari segi pembentukan imej, lampu dan pentas.
Lebih mengujakan, Malaysia tersenarai sebagai salah sebuah negara dalam siri jelajah Asia Tenggara ini.
Persembahan Live (Naruto) yang dibawakan JS Concert Productions Sdn Bhd akan dipentaskan di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MIECC) pada 30 hingga 31 Mei ini, jam 1 petang dan 6 petang.
Persembahan buat julung kali ini bakal menampilkan kelainan dari segi aksi, muzik dan seni persembahan yang tidak pernah ditonton sebelum ini bagi menghidupkan lagi persembahan muzikal serta membuatkan penonton teruja untuk terus menontonnya.
Sepanjang