24
Jum, Nov
956 ARTIKEL BARU

SARATOK: Tindakan nekad seorang lelaki menyepak kepala buaya yang menyambar kaki kirinya berjaya menyelamatkan nyawanya daripada dibaham reptilia itu, di Krango, di sini, petang tadi. 

Dalam kejadian itu kira-kira 5.30 petang, mangsa yang hanya dikenali sebagai Gadisman, 40-an membasuh kaki di tebing sungai selepas memasang pukat berdekatan. 

Ketika itu, seekor buaya tiba-tiba muncul lalu menyambar kaki kiri mangsa, namun beliau pantas terajang kepala reptilia itu dengan kaki kanannya.

Selepas terkena tendangan itu, buaya itu melepaskan gigitan di kaki mangsa, namun selepas itu menyambar pahanya pula dan sekali lagi mangsa terajang kepala buaya itu sehingga reptilia itu melepaskan gigitannya dan melarikan diri. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian itu disaksikan dua anggota bomba serta seorang anggota bomba bantuan yang sedang memancing berdekatan lokasi kejadian. 

"Kedua-dua anggota bomba terbabit yang ketika itu tidak bertugas, segera memberi bantuan dan membawa mangsa yang cedera di kaki ke Hospital Saratok dengan menaiki bot," katanya. 

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sibu berikutan

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Seniwati Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, 92, meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat, Singapura jam 10.10 pagi ini kerana sakit tua.

Seniwati yang terkenal dengan jolokan 'bintang air mata' itu menghembuskan nafas terakhir di sisi anggota keluarganya.

Cucunya, Rezainuddin Mustapha, 40, berkata neneknya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua hari lalu selepas mengadu tidak sihat.

"Saya menerima berita kematian ini daripada saudara yang berada di

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki terharu dan bersyukur kerana dianugerahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Ikon Penghibur Aspirasi Islam.

“Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam. Hati saya bergegar. Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata,” ujarnya dalam satu status Facebook.

Afdlin turut menyifatkan anugerah

Baca Selanjutnya...

JIKA anda masih ingat, sekitar tahun 1999 ada satu drama bersiri bercorak kepolisan berjudul Gerak Khas yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, disiarkan melalui RTM lakonan pelakon-pelakon hebat seperti AC Mizal, Abby Abadi, A Galak dan Datuk Yusof Haslam.

Drama penyiasatan terbitan syarikat terkenal Skop Production itu kini bakal memulakan siaran untuk musim baharu bermula 4 Mac ini.

Gerak Khas bakal menampilkan 26 episod untuk musim 2016, dan akan disiarkan pada setiap Jumaat, jam 9 malam

Baca Selanjutnya...

KUALA LUMPUR – Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.

Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta

Baca Selanjutnya...

SELEPAS 18 hari ditayangkan, filem bercorak sukan Ola Bola terus mendapat sambutan hangat dari penonton dengan kutipan melebihi RM12 juta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Astro Shaw yang juga syarikat penerbitan filem terbabit, walaupun sudah memasuki minggu ketiga tayangan di pawagam, jumlah penonton masih belum berkurangan, malah masih kukuh di pawagam apabila jualan tiket sentiasa ‘sold out’ dengan segera.

Biarpun tidak dibarisi nama besar dalam dunia hiburan tanah air, sentuhan pengarah

Baca Selanjutnya...

NEW YORK - Seikat rambut anggota Beatles, mendiang John Lennon mendapat bidaan hingga mencecah RM50,000 dalam sesi lelongan yang akan ditutup pada 20 Februari ini.

Difahamkan, potongan rambut itu sudah berada dalam simpanan seorang pendandan gaya selama 50 tahun selepas memotong rambut penyanyi legenda itu pada September 1966.

Ketika itu, Lennon yang meninggal dunia Disember 1980, menjadi satu-satunya pemuzik yang membintangi filem berlatarkan Jerman, How I Won the War arahan Richard

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..