25
Isn, Sep
686 ARTIKEL BARU

Deddy Dores ‘Jangan Pisahkan’ Meninggal Dunia

Hiburan
Typography

KUALA LUMPUR – Legenda muzik Indonesia, Deddy Dores, 65, dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bintaro, Jakarta Selatan pada malam Selasa sekitar jam 11.45 malam waktu tempatan, lapor portal CNN Indonesia.

Penyanyi tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

Khabar duka cita itu paling awal diketahui melalui akaun Twitter JK Records, @jkrecords yang tertulis "Rest in peace Deddy Dores.. #ripdeddydores #deddydores".

Dilahirkan pada 28 November, 1950 di Surabaya, Deddy cukup sinonim dengan lagu-lagu hit berentak slow rock seperti 'Jangan Pisahkan' dan 'Cinta Di Antara Kita'.

Sewaktu hayatnya, beliau pernah merakamkan lagu-lagu hit dengan artis popular Republik tersebut termasuk Nike Ardilla dan Mayangsari.

Menurut akaun Facebook kumpulan God Bless, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan di Sumedang, Jawa Barat.