24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

KaryaONE Wave Awards 2016 Bukti Pelajar FiTA UiTM Berdikari Dan Berdaya Saing

Hiburan
Typography

SHAH ALAM - Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan Malam Gala KaryaONE Wave Awards 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, malam tadi.

Apa yang membanggakan, kos penganjuran majlis anugerah tersebut diusahakan sepenuhnya oleh para pelajar FiTA yang terdiri dari lima cabang program iaitu program Filem, Penulisan Kreatif, Animasi, Teater dan Pengurusan Industri Kreatif dibawah bimbingan 74 orang pensyarah serta tenaga kerja fakulti.

Ujar Dekan FiTA, Datuk Profesor A. Razak Mohaideen, "46 syarikat telah menaja minggu KaryaONE, terima kasih diucapkan,

"Tanpa penaja, amatlah mustahil bagi kita kita menjalankan aktiviti sebegini."

Turut hadir merasmikan majlis anugerah tersebut ialah Pengerusi FINAS, Datuk Mohd Khusairi Hj Abdul Talib.

Di dalam ucapan perasmiannya, Datuk Khusairi menyifatkan bahawa majlis yang dianjurkan FiTA ini adalah setanding dengan Festival Filem Malaysia.

"Hakikatnya, malam gala ini diterajui dan dikelolakan para pelajar FiTA dan disusun selia oleh pensyarah-pensyarah mereka, syabas dan tahniah diucapkan," tambah Datuk Khusairi lagi.

Pensyarah yang juga merupakan Pengarah Projek KaryaONE Wave Awards 2016, Mohd Syuhaidi Abu Bakar turut memaklumkan bahawa masalah dana tidak seharusnya menjadi penghalang kepada para pelajar untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang kerana ianya merupakan peluang besar kepada pelajar-pelajar terlibat untuk lebih berdikari dan berdaya saing.

Tegas Syuhaidi, "Ada hikmahnya apabila pelajar tidak mempunyai banyak dana, mereka perlu keluar mencari sendiri dan belajar untuk mencari penajaan dalam bentuk wang ringgit atau pun barangan,

"Ia mengajar mereka untuk lebih berdikari dan berdaya saing di dalam memberikan yang terbaik bagi memastikan kejayaan majlis malam ini."

Penganjuran majlis anugerah tersebut merupakan kemuncak program Minggu KaryaONE yang telah berlangsung selama empat hari bermula 24 hingga 27 Mei 2016 dan ianya juga merupakan acara tahunan FiTA di dalam usaha mempersembah dan mengiktiraf karya-karya pelajar fakulti tersebut.

Sebanyak 32 kategori dipertandingkan, selain turut mengiktiraf sumbangan 30 tahun Noraniza Idris di dalam bidang industri kreatif melalui penganugerahan Anugerah Khas KaryaONE Legend.

 

 

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.