24
Jum, Nov
955 ARTIKEL BARU

Pelakon Aziz Singah Meninggal Dunia

Hiburan
Typography

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran Datuk Abdul Aziz Singah, 75, meninggal dunia akibat kanser jam 11.30 malam tadi di kediamannya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini. 

Perkara ini disahkan anak keduanya Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah. 

Allahyarham akan dikebumikan sebelum solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan.

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Allahyarham ialah PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate, Maria Mariana, Impian, Kemarau Cinta.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.