25
Isn, Sep
685 ARTIKEL BARU

Pelakon Pie Meninggal Dunia

Hiburan
Typography

GEORGETOWN – Pelawak dan pelakon veteran, Pie atau nama sebenarnya, Shafiee Jaafar, 86, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam tadi.

Anaknya, Subariah, berkata ayahnya meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Balik Pulau, akibat sakit tua.

"Jenazah bapa akan dibawa ke Masjid Teluk Bahang untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat," katanya.

Kerjaya seni Pie bermula apabila beliau berhijrah ke Pulau Pinang selepas menamatkan pendidikan sekolah menengah di Alor Setar, Kedah, sebelum mengorak langkah dalam seni boria sekitar tahun 70-an.

Pada Ogos tahun lalu, Pie dirawat di Hospital Kepala Batas akibat kesejukan melampau dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau yang sinonim dengan siri filem Anak Mami dinobatkan sebagai Tokoh Seni Budaya Negeri Pulau Pinang 2015 bagi menghargai jasanya.

Antara filem lakonan Allahyarham ialah Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Nana Tanjung.