18
Ahd, Nov
46 ARTIKEL BARU

#Hiburan : Lisa Surihani Dilantik Sebagai Hos HBO Sentral

Hiburan
Typography
Lisa-Surihani-Dilantik-Sebagai-Hos-HBO-Sentral-Peluang-Luar-Biasa-ROTIKAYABagi Lisa Surihani pemilihan sebagai hos selebriti pertama HBO Sentral tempatan merupakan satu penghormatan terhadap dirinya. Siang tadi pihak Astro telah mengumukan pelancaran HBO Sentral panduan bulanan untuk menarik orang ramai menonton saluran HBO di channel 411 yang bakal dihoskan oleh Lisa Surihani. HBO Sentral merupakan sebuah program bulanan baru di HBO dan HBO HD yang menyajikan pandangan menarik tentang apa yang baru di semua saluran HBO dan bakal dipersembahkan secara unik dalam gaya yang menyeronokkan berinfomasi dan secara perbualan harian dan santai oleh Lisa Surihani. Bagi Lisa peluang yang diberi merupakan satu peluang luar biasa kerana dari medium tersebut dia dapat meluahkan minat nya secara terus kepada orang ramai menerusi filem. “Informasi yang akan Lisa sampaikan adalah berkaitan tentang trivia pasal filem tersebut. Boleh jadi juga mengenai para pelakon yang membintangi filem dan ya kami juga akan sediakan tribute kepada para pelakon signifikan dalam dunia hiburan yang telah tiada” “Dalam setiap episod Lisa akan highlight kesemua 6 filem untuk bulan tu dan Lisa akan ketengahkan setiap segmen untuk setiap episod. Kami juga sudah sediakan macam silibus untuk setiap filem yang bakal dipaparkan,” ujar Lisa Surihani. HBO Sentral menyediakan tawaran dwi bahasa bagi menambah lebih ramai penonton di Malaysia dengan penyediaan maklumat yang lebih komprehensif bagi santapan hiburan dalam gaya yang lebih menarik dan interaktif. Pelancaran HBO Sentral dalam bahasa Malaysia adalah sangat penting kerana HBO mempunyai kandungan yang hebat bagi menarik penonton. Selain pemilihan Lisa Surihani sebagai hos, HBO Sentral juga mendapatkan beberapa selebriti bagi membuat penampilan istimewa. Antara selebriti yang terlibat adalah Erra Fazira, Sherry Ibrahim, Hafiz Hamidun, Nabil Ahmad, Mila Jirin, Adam Korie, Michael Ang, Raja Azura dan Sharifah Sakinah yang semuanya merupakan artis tempatan. Peraduan turut disediakan dalam setiap episode HBO Sentral dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Orang ramai Cuma perlu menggunakan hashtag #HBOSentral di media sosial. Pastikan anda semua tidak terlepas dari menonton episod pertama HBO Sentral bermula Ahad ini, 27 April 2014 jam 7.15 malam di saluran HBO 411 dan HBO HD 431. Sumber