20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

http://www.youtube.com/watch?v=YFoU6QphkDQ

Kempen PAS kini telah berhabis-habisan menyerang peribadi calon Barisan Nasional, Tuan Haji Mat Razi Mat Ail. Bermula dengan isu mempertikaikan dan memperlekehkan calon BN sebagai guru pondok, kini beliau dipertikaikan mengenai isu serban yang sering dipakainya.

Menurut mereka, UMNO secara tradisinya memakai songkok dan bukannya serban, namun secara peribadinya Haji Mat Razi sememangnya memakai serban dalam kehidupan seharian beliau. Ini bukanlah satu kesalahan malah UMNO tidak pernah menjadikan satu undang-undang parti keperluan untuk memakai songkok.

Ini tidak sepatutnya menjadi suatu isu yang sepatutnya dimainkan. PAS dilihat sebagai ketandusan isu untuk berkempen di dalam PRK kali ini.

Keputusan PAS dengan tidak meletakkan calon yang berlatarbelakangkan agama membuka ruang untuk orang ramai mengkritik mereka. Malahan, dalam situasi krisis dalaman PAS antara Ulama' dan Anwarinas, kepimpinan PAS tetap tidak meletakkan golongan Ulama' sebagai calon, tetapi memilih seorang kontraktor binaan untuk menjadi calon.

Ini adalah indikator bahawa keputusan tertinggi PAS tidak lagi terletak di atas tangan Ulama' tetapi kepada golongan Anwarinas

Baca Selanjutnya...

Pergeseran antara golongan Ulama dan Anwarinas dalam PAS memang tidak dapat di bendung lagi. Terbaru Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan "imej ke Islaman" untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan. Malah beliau juga tidak bersetuju peranan Majlis Syura diangkat sebagai badan

Baca Selanjutnya...

Sejurus selepas penamaan calon, kedua-dua parti bertanding telah memulakan kempen mereka dengan hangat. Isu yang menjadi tumpuan pada kali ini adalah mengenai isu royalti hasil petroleum yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan pimpinan PAS.

Isu Royalti ini sebenarnya dicetuskan pada PRK kali ini oleh pihak BN sendiri melalui sidang media Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas penamaan calon semalam. PAS pula mengambil peluang dan ruang yang telah dicetuskan tersebut dan dibawa

Baca Selanjutnya...

TUMPAT - Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi seseorang menjadi calon PAS untuk bertanding pada pilihan raya, kata Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, soal calon tidak dari kalangan ulama bukan kriteria penting dan ia tidak mempengaruhi sokongan pengundi terhadap PAS.

Katanya, disebabkan itu, calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor binaan dan berjawatan sebagai Setiausaha

Baca Selanjutnya...

Sesungguhnya mati itu pasti. Semua yang hidup pasti mati. Adun-Adun PAS pun ramai yang meninggal dunia. Tetapi jika ada mana-mana Adun PAS meninggal dunia, tidak ada pun pemimpin-pemimpin BN yang menghina atau nafikan sebarang usaha arwah.

Contohnya, lepas kematian Ustaz Azizan, tidak ada pemimpin-pemimpin BN yang menghina atau nafikan jasanya di Dun Sg Limau atau di Kedah semasa hayatnya.

Semalam, Timbalan Yang di-Pertua PAS Tumpat, Muhamad Zaki Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang legasi

Baca Selanjutnya...

Tuan Haji Mat Razi Mat Ail disifatkan sebagai individu yang banyak berjasa kepada anak-anak muda di Pengkalan Kubor kerana merupakan pengasas Sekolah Pondok Simpangan sejak dua puluh tahun lalu.

Pondok itu menempatkan kira-kira 20 pelajar yang mendapatkan pendidikan agama secara percuma dan rata-rata daripada mereka adalah anak-anak tempatan Pangkalan Kubor.

Sekolah Pondok ini mempunyai dua blok bangunan dan di antara penyumbang utama dana untuk operasinya ialah bekas wakil rakyat DUN itu

Baca Selanjutnya...

Sidang media BN selepas penamaan calon tadi, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencabar PAS untuk mengemukakan bukti dari mana datangnya RM12B yang kononnya Petronas tidak bayar kepada kerajaan Negeri Kelantan.

"PAS boleh semak dokumen Petronas" ujar beliau lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa untuk kempen PRK Pengkalan Kubor kali ini, BN akan berkempen secara menyeluruh untuk menjelaskan isu Royalti minyak negeri Kelantan. Peluang ini akan digunakan bagi menjawab

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..