20
Rab, Sep
664 ARTIKEL BARU

nik-aziz-oct291

TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui tidak mengenali secara peribadi calon yang dipertaruhkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, namun percaya PAS memilih yang  terbaik.

Beliau berkata, walau siapa pun calon yang bertanding di atas tiket PAS, beliau akan memberikan sokongan dan menyimpan harapan untuk menang.

"Saya tak kenal calon secara peribadi, tapi bila jawatankuasa PAS dah buat keputusan, itulah calon terbaik," katanya kepada pemberita ketika hadir ke pusat penamaan calon PRK Pengkalan Kubor di sini, Sabtu.

Menurut Nik Aziz, yang diminta mengulas lanjut mengenai PRK kali ini, dalam pilihan raya, pengundi membuat pemilihan mengikut kehendak sendiri.

Katanya, pengundi sudah matang untuk membuat keputusan dengan melihat kehidupan di dunia dan akhirat.

"Pilihan raya biar benar-benar pilihan...tak ada paksaan raya.

"Orang yang mengundi sudah akil baligh, sudah faham keadaan hidup di atas dunia bersama akhirat," katanya.

Pada PRK DUN Pengkalan Kubor, PAS mencalonkan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57-MSTAR

Hanya dengan keluasan sekitar 29 kilometer persegi, tidaklah sukar bagi 24,039 pengundi berdaftar di Pengkalan Kubur membuat pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung 25 September ini. Lagi pun keadaan kependudukannya juga agak padat. Mereka mengenali calon-calon yang betanding kerana kedua-duanya, Tuan Haji Mat Razi Mat Ail (BN) dan Wan Rosdi Wan Ibrahim(PAS) boleh dikatakan anak tempatan. Tetapi lebih dari itu ada beberapa faktor lain yang membuatkan pengundi di Pengkalan
Baca Selanjutnya...

Proses penamaan calon PRK Pengkalan Kubor telah pun selesai. Namun apa yang menarik PRK kali ini ialah kehadiran rakan-rakan PAS dalam Pakatan. Jika kelmarin Presiden PKR, Wan Azizah telah memberi isyarat akan hadir tapi hingga saat ini bayangnya pun masih belum kelihatan. Menurut kenyataan beberapa pemimpin PKR yang hadir,  Wan Azizah dijadual akan menghadiri program gotong-royong dan perasmian Tadika PASTI di Desa Mentari Selangor. Mungkin program tersebut lebih penting berbanding hadir
Baca Selanjutnya...

Semua orang tahu, dan rakyat Pengkalan Kubur juga tahu, isu jawatan Menteri Besar Selangor belum selesai. Hakikatnya untuk menyelesaikannya bukan suatu hal yang semudah dicakap. Jika benar ketiga-tiga parti itu ‘sepakat’ tentu kemelut berkenaan tidak ‘melarat’. Di Pengkalan Kubur juga merasai tempiasnya. PAS yang sudah merasa ‘ada kelebihan’ dalam kedudukannya di Selangor sudah berjaya ‘merampas’ dominasi PKR yang sebelumnya meletak calon bagi perebutan kerusi DUN Pengkalan Kubur. Nampaknya
Baca Selanjutnya...

KOTA BHARU  - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini boleh dijadikan platform terbaik dalam usaha mencari titik persamaan menjalin kerjasama antara UMNO dengan Pas.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah tiba masanya kedua-dua parti itu bersatu demi kepentingan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

"Pada saya, eloklah kita gunakan PRK DUN Pengkalan Kubor sebagai perintis untuk mencari titik persamaan untuk

Baca Selanjutnya...

TUMPAT: Sebentar lagi akan berlangsung proses penamaan calon bagi kerusi Dun N01 Pengkalan Kubor. Pusat penamaan calon ditetapkan di Dewan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, kira-kira 7 kilometer dari pekan Pengkalan Kubor. BN menamakan bekas penolong pegawai pendidikan Daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail, 48, untuk mempertahankan kerusi itu manakala PAS menamakan setiausaha parti itu di kawasan Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calonnya. Berikut adalah perkembangan semasa proses penamaan
Baca Selanjutnya...

 

Sebelum ini, bekas calon PAS di PRK Kuala Besut, Che Long yang merupakan seorang kontraktor kelas A telah didedahkan dengan  11 saman polis yang tidak berbayar yang berjumlah hampir RM4000. Kini, calon PAS di PRK Pengkalan Kubor pula yang juga merupakan seorang kontraktor binaan lepasan Institut Kemahiran MARA telah didapati mempunyai saman polis yang tidak berbayar.

Walaupun jumlahnya tidaklah sehebat Che Long, namun saman yang tidak berbayar semenjak tahun 2011 menunjukkan bahawa calon yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..