23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

TUMPAT: Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran PAS dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor yang dikuasai BN sejak 2004. Pemilihan beliau diumumkan oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis malam ini. Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar. Beliau merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984. Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980). Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah. Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua Muslimat PAS Tanah Merah. Wan Rosdi bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ali
Baca Selanjutnya...

IMG-20140910-WA0020 TUMPAT- Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) negeri Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail sebagai seorang yang dinamik dan paling sesuai untuk meneruskan legasi perjuangan pendahulunya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar. Pencalonan Mat Razi, 48, diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anggota Dewan Negara, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilihan calon itu mampu mengekalkan kemenangan BN. "Kriteria
Baca Selanjutnya...

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR telah memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding di Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor. Menurut Wan Aziah keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perlunya sesama PR bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar. “Saya percaya ini hanya dapat dicapai melalui tolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar. “Saya doakan Allah SWT memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat kelak,” katanya dalam satu
Baca Selanjutnya...

prk Penduduk Pengkalan Kubur hanya tersenyum sinis melihat gelagat sesetengah pihak yang berebut meletak calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak lama lagi. Malah sudah ada suara-suara masyarakat tempatan yang melempar kata-kata…”belum apa-apa sudah kecoh sesama sendiri”. Rupa-rupanya mereka merujuk kepada PKR dan PAS yang khabarnya begitu beriya-iya menawarkan calon pilihan masing-masing. PKR yang menganggap kerusi Pengkalan Kubur adalah tapak mereka tetap bertegas untuk terus
Baca Selanjutnya...

TUMPAT : Barisan Nasional (BN) hari ini telah mengumumkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calon parti tersebut untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Operasi PRK Pengkalan Kubor BN hari ini. Mat Razi, 49, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mat Razi merupakan anak tempatan dan merupakan Penolong Pegawai Pejabat
Baca Selanjutnya...

7ac4ab6f75e9dc36a825c1f6adad1648 Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin krisis politik parti itu di Selangor tidak akan menjejaskan peluang mereka untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept ini. Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat, Dr Afif Bahardin berkata ini kerana penduduk tempatan tidak akan memberi tumpuan khusus kepada kemelut di Selangor walaupun isu itu akan diketengahkan dalam PRK nanti. "Kami percaya pengundi di Pengkalan Kubor akan lebih memberi fokus kepada
Baca Selanjutnya...

IMG-20140902-WA0087 Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh Pilihanraya DUN Pengkalan Kubur iaitu pada 25 September. Melihat kepada majoriti yang ditinggalkan oleh Allahyarham Datuk Noor Zahidi Bin Omar dalam PRU13 yang lalu iaitu sebanyak 1736 undi bagaikan sukar dikejar oleh PKR. Mengikut trend semasa kawasan pengundi Melayu, majoriti mendekati 2000 undi adalah sukar di kejar kerana amat jarang pengundi Melayu tradisional mengubah pegangannya. Bagi undi biasa, terdapat 12 Pusat Daerah Mengundi
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.