24
Ahd, Sep
701 ARTIKEL BARU

Berlaku satu kejadian panas dan tegang petang tadi pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Difahamkan sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ‘bertempur’ dengan sekumpulan penyokong PAS di Simpang Tiga, Kubang Semang.

Kejadian tersebut berlaku apabila Demo Aman bagi mempertahankan Hudud di hadapan Masjid Kubang Semang telah diganggu oleh segerombolan penyokong PKR yang pada mulanya hanya pertengkaran mulut sehinggalah akhirnya membawa kepada pergelutan antara mereka.

Dikatakan demo yang baru sahaja bermula itu telah ‘digempur’ oleh sekumpulan ahli PKR yang memekik lolong sehinggalah membuatkan pihak polis yang bertugas tampil bagi menyuraikan keadaan dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini antara mereka.

Sebelum ini, pergaduhan kecil dilaporkan telah berlaku pada hari ke-7 kempen, apabila lima orang pemuda PAS yang menjalankan kerja mengedar risalah mempertikaikan pihak yang menentang Hudud telah didatangi 10 orang pemuda PKR yang akhirnya membawa pergelutan antara mereka.

https://www.youtube.com/watch?v=qN7EZPZj4bw

PERMATANG PAUH: Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi…tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.

“Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan

Baca Selanjutnya...

ROMPIN – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu kenyataan media yang keluarkan sebentar tadi mengumumkan harga rumah bagi generasi FELDA di Parlimen Rompin diturunkan dari RM120 ribu kepada RM90 ribu sahaja.

Menurut Najib, penurunan itu dibuat sejajar dengan hasrat kerajaan yang mahu melihat setiap generasi baru FELDA memiliki rumah sendiri di rancangan.

“Dalam merealiasasikan hasrat itu, kerajaan telah membina sejumlah 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA dengan

Baca Selanjutnya...

ROMPIN : Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan peneroka FELDA supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.

Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat FELDA kawasan Parlimen Rompin.

"Mereka nak raih simpati politik dengan buat tuduhan tak berasas bahawa kerajaan gagal dan tidak pertahankan hak milik peneroka

Baca Selanjutnya...

Pengundi dalam parlimen Rompin diminta mengundi calon PAS dalam usaha meningkatkan jumlah anggota parlimennya yang akan menyokong pelaksanaan hudud. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mempunyai wakil rakyat PAS dalam parlimen memberi laluan kepada rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentang oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendapat sokongan. "(Ia) satu usul dibentang di Parliamen yang kita perlukan sokongan. Bagi Enakment Jenayah Syariah Kelantan
Baca Selanjutnya...

ROMPIN: Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau

Baca Selanjutnya...

MUADZAM SHAH: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, Datuk Hasan Arifin, 62, berazam untuk meneruskan kecemerlangan perkhidmatan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis selaku bekas wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Berucap selepas diumumkan calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Muadzam Shah sebentar tadi, Hasan berkata usaha dilakukan Jamaluddin di Parlimen Rompin amat besar sehingga memberi kesan besar pengundi di kawasan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..