23
Kha, Nov
918 ARTIKEL BARU

TELUK INTAN – Bagi Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu, Datuk Mah Siew Keong, antara projek utama yang akan dibangunkannya ialah meneruskan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum Mah, yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan sejak Pilihan Raya Umum 1999, kalah pada PRU 2008. Pembinaan kedua-dua fasa itu telah mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus. Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas, kata Mah yang ditemui pemberita selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Anggota Parlimen Teluk Intan. Beliau berkata segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat. Mah dalam manifestonya yang memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti berdasarkan kajian
Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN - Yammy Samad, ibu kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kedudukannya dalam parti. Ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, dia mempertahankan tindakannya memberi sokongan kepada Dyana bukan satu kesalahan besar. “Saya tidak akan keluar daripada UMNO, terpulang kepada parti untuk pecat atau tidak. “Cuma saya bukan Ahmad Said kerana masalah persandingan kenduri anak, dia keluar UMNO. Saya juga bukan Tun Dr
Baca Selanjutnya...

IMG-20140530-WA0078

TELUK INTAN : Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 60,349 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 Pusat Mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.

PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP. Setelah lebih 10 hari berkempen, kedua-dua parti dilihat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi ini.

Ikuti bersama klxpress untuk mengetahui

Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN: Sebanyak 95.61 peratus atau 392 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan mengundi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini. Pengarah SPR Negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah, berkata proses pengundian awal yang bermula sejak 8 pagi hingga 5 petang berjalan lancar. "Selain itu ejen calon, penyokong dan calon parti itu sendiri memberikan kerjasama yang baik," katanya kepada pemberita selepas pusat pengundian awal itu
Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN - DAP menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Teluk Intan dan tidak menafikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong. Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng berkata: "Kami tidak menafikan undi memihak kepada BN... kami mengiktiraf keputusan itu, dan ia memihak kepada Mah." Ditanya sama ada DAP akan mencabar keputusan PRK itu, beliau berkata: "Saya tidak cakap saya akan cabar. Ini memerlukan masa untuk membuat
Baca Selanjutnya...

d6c5de52-7992-4a32-9d28-a94efd71e4d4_400Teluk Intan - Pengundi Parlimen Gelang Patah hari ini meminta bantuan untuk mengesan Ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang. Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Vitoria, Rich Koo berkata, beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) meminta bantuan mengesan Kit Siang yang juga Penasihat DAP pagi tadi. Mesej berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris berbunyi 'I'm Gelang Patah votes, my member parlimen missing. Please help us find him and ask him come back to service'. "Saya terima sms ini pagi
Baca Selanjutnya...

TELUK INTAN - Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan. Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar
Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.