11
Sel, Dis
28 ARTIKEL BARU

#PRKKajang : Gempar! KPI PKR Untuk PRK Kajang Didedahkan!

PRK Kajang
Typography

ge13-malaysia-general-election-Wan-Azizah

Kajang - Seorang petugas daripada Bilik Gerakan PKR Kantan Permai telah mendedahkan kepada wartawan KLXpress petang tadi tentang KPI yang perlu dicapai oleh PKR dan Wan Azizah untuk dicapai. Semua jelas bahawa PKR sememangnya mensasarkan untuk menaikkan majoriti yang diperoleh oleh Lee Chin Cheh semasa PRU-13 yang lalu.

PKR yang telah mendapat majoriti 6,824 undi menerusi Lee Chin Cheh bulan 5 tahun lepas tidak berpuas hati dengan jumlah sedemikian. Kepimpinan tertinggi PKR terutamanya Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah mengerahkan jenteranya siang dan malam dengan tidak mengira apa jua sekali pun bagi menaikkan majoriti tersebut kepada 73% lagi!

Dengan mensasarkan hampir 90% kaum Cina akan turun dan mengundi Wan Azizah, KPI PKR ini dianggap terlalu jauh daripada realistik. Sokongan Melayu pula disasarkan sebanyak 70% manakala undi daripada kaum India pula sekadar 60%. Ini jelas terbukti dengan manifesto PKR yang mensasarkan untuk menyelesaikan masalah yang rata-ratanya dihadapi oleh kaum Cina sahaja sambil mengenepikan kaum-kaum lain.

Walaupun kaum Melayu merupakan majoriti di N25 Kajang ini dengan jumlah 48.3%, PKR tidak mensasarkan untuk mendapatkan undi kaum Melayu. Berbanding dengan kaum Cina yang berjumlah 40.28% sahaja, namun penetrasi PKR lebih menjurus kepada kaum Cina serta meninggalkan kaum Melayu ke belakang.

PKR boleh dianggap mahu menang sahaja PRK ini tanpa mengira kepentingan kaum majoriti walaupun calon yang diketengahkan adalah daripada kaum Melayu sendiri iaitu Wan Azizah.

Peningkatan 73% undi bermakna PKR mensasarkan untuk mendapatkan 11,805 undi. Kempen PKR #KajangMove boleh dianggap sebagai gagal sekiranya gagal mendapat jumlah untuk seperti yang disasarkan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.