18
Kha, Okt
51 ARTIKEL BARU

10341699_10154154711025183_8214866201135719953_nTELUK INTAN 17 Mei - Seperti dijangka Setiusaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, diumumkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu berkata, Dyana Sofya merupakan pilihan terbaik untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan. "Pemilihan Dyana Sofya bertepatan dengan prinsip parti untuk mengetengahkan calon muda, wanita, profesional tanpa mengira batas perkauman," katanya di sini hari ini. Namun terdapat suara-suara dalaman parti DAP sendiri yang mempertikaikan pemilihan Dyana Sofya sebagai calon kerana wanita tersebut dilihat terlalu mentah dijadikan ayam tambatan untuk satu pilihanraya kecil yang penting. Jika nak dibandingkan dengan Dyana yang baru dua tahun menyertai DAP, sudah tentu ada ramai lagi tokoh DAP yang lebih berpengalaman yang boleh dijadikan sandaran DAP. Ramai pemerhati politik menilai Dyana hanya nak dijadikan umpan untuk tarik sokongan orang Melayu di Perak kepada parti itu. Menerusi wanita Melayu ini mungkin parti itu berharap dapat melarutkan persepsi DAP adalah parti kaum Cina. Dari jumlah pengundi
Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Dyana Sofya Sandaran DAP

IMG-20140514-WA0086ALOR SETAR - Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah Syed Araniri Syed Ahmad hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas. Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan Perubatan Islam di sini, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana
Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Bekas Naib Pengerusi DAP Kedah Umum Bertanding

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diadakan pada 31 Mei ini manakala 19 Mei akan berlangsung hari penamaan calon. Mengikut statistik SPR, jumlah pengundi wanita di kerusi Parlimen Teluk Intan adalah lebih ramai daripada pengundi lelaki. Kawasan itu mempunyai 31,049 pengundi wanita berbanding 29,300 pengundi lelaki. Manakala seramai 45 pengundi berdaftar berumur 100 tahun dan ke atas dijangka mengundi dalam
Baca Selanjutnya: #PRKTelukIntan : Seramai 45 Pengundi Parlimen Teluk Intan Berumur 100 Tahun Ke Atas
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.