17
Isn, Dis
9 ARTIKEL BARU

#PRKTelukIntan : Rayer Malukan Kaum India

PRK Teluk Intan
Typography
TELUK INTAN – Keceluparan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer menggelarkan UMNO sebagai ?celaka? telah memalukan dan mencemarkan nama baik seluruh masyarakat India di negara ini. Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, sebagai rakyat di sebuah negara yang berbilang kaum, Rayer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan keterlaluan seperti itu kerana mampu memberi kesan tidak baik pada negara. Malah tegas Nallakaruppan, perlakuan tersebut juga akan menyebabkan rasa saling menghormati antara kaum yang diamalkan selama ini akan terhakis. ?Tidak patut satu (seorang) India yang ada dalam negara ini cakap macam itu, kita semua kaum India amat malu. ?Negara ini bukan satu bangsa yang duduk tapi pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina dan India. Jadi kita kena hormat semua bangsa dan bukan bertindak sebegitu. Kawan-kawan Melayu saya pun bising, satu India sudah rosakkan nama semua India,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan hamper kepada ibu tunggal dan warga emas kawasan Parlimen Teluk Intan di Bilik Gerakan MIUP di sini hari ini. Nallakaruppan mengulas keceluparan Rayer dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang berulang kali mencela UMNO dengan gelaran celaka sehingga mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh bangunan DUN bagi meminta wakil rakyat berkenaan menjelaskan kenyataan biadab tersebut. Rayer bukan sahaja enggan memohon maaf atau menarik balik kenyataan biadab itu malah mengulanginya pula dalam ceramah terbuka DAP ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. Tambah Nallakaruppan, kepimpinan DAP perlu mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya itu yang jelas telah menimbulkan suasana tidak elok pada negara selain rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu. Katanya, siasatan juga harus dilakukan pihak-pihak terlibat sama ada ia dilakukan atas kehendaknya sendiri ataupun hasil hasutan pihak lain dalam DAP. ?Saya pun India dan menyokong Barisan Nasional (BN), tapi saya pun tak pernah cakap DAP macam itu. Kita di Malaysia semua kaum ibarat adik-beradik, jadi semua kena jaga hati satu sama lain. ?Jadi kita minta dia (Rayer) minta maaf pada UMNO dan orang Melayu di negara ini,” katanya. Dalam pada itu, Nallakaruppan memberitahu, semua kira-kira 5,000 ahli MIUP di Teluk Intan telah menyatakan sokongan padu mereka kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong. Katanya, mereka berjanji untuk memberikan kemenangan kepada BN pada 31 Mei nanti. ?Ini kerana mereka melihat kesungguhan Siew Keong yang terus bekerja dan memberi khidmat pada penduduk di sini meskipun telah kalah dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.