20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Pemimpin DAP Mahu Guang Eng Letak Jawatan

Bahasa Melayu
Typography

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke memaklumkan DAP akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dalam masa terdekat bagi memutuskan sama ada akan mengadakan pemilihan parti ataupun tidak.

Dalam masa sama, Loke turut memaklumkan sekiranya DAP mengadakan pemilihan parti, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung DAP.

Wow… Guan Eng nak kena letak jawatan dalam parti… Biar betul?? Macam tak percaya pula DAP nak suruh Guan Eng lepaskan jawatan dalam parti… Suruh lepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang pun DAP sibuk pertahankan Guan Eng… Inikan pula nak suruh letak jawatan dalam parti.

Jelas Loke, Guan Eng terpaksa melepaskan jawatan tersebut kerana Guan Eng telah menyandang jawatan tersebut selama 3 penggal dan peraturan tersebut telah termaktub dibawah perlembagaan parti.

“Ini bukan persoalan letak jawatan, beliau masih boleh bertanding dalam CEC. Di bawah perlembagaan parti, kedudukan setiausaha agung dihadkan tiga penggal. Namun beliau masih boleh berkhidmat di bawah kapasiti lain,” kata Antony Loke dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP.

Cis… Ingatkan DAP memang nak Guan Eng letak jawatan sebab didakwa atas 2 tuduhan rasuah… Rupa-rupanya Guan Eng kena letak jawatan sebab dah cukup tempoh yang telah ditetapkan… Baik tak payah beritahu!!

Guan Eng kalau letak jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP pun tak ada masalah… Tahu dah Guan Eng akan dapat jawatan lain… Bak kata orang, letak jawatan tu, pangkat akan dinaikkan… DAP tu kan parti destini ‘Lim’… Mustahil sangatlah kalau Guan Eng tak ada jawatan apa-apa dalam parti tu.

Dalam masa sama, Loke turut memaklumkan bahawa DAP memutuskan untuk tidak mengadakan pemilihan parti, parti cina kiasu itu hanya boleh menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan sahaja. –Utaranews.com-