17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

Bot Terbalik Di Perairan Pulau Papan, Tiga Anak Bot Selamat

Bahasa Melayu
Typography

LABUAN - Sebuat bot yang membawa bekalan air untuk sebuah kapal terbalik di perairan Pulau Papan di sini sejurus meninggalkan jeti Labuan tengah hari tadi. Tiga orang anak bot itu diselamatkan vesel Agensi Penguakkuasa Maritim Malaysia (APMM), KM Bistari. “Seorang mangsa hampir tenggelam, namun diselamatakan kru yang lain. Secara kebetulan bot kami sedang membuat rondaan di situ dan ternampak bot yang terbalik itu,” kata Ketua Penguatkuasa APMM Labuan, Kapten Che Adnan Md Isa. Bot berkenaan sedang membawa bekalan air bersih untuk kapal Satria Jaguh yang sedang berlabuh berhampiran Pulau Papan, kira-kira 1.15 tengah hari apabila dipukul ombak besar.