21
Isn, Ogs
861 ARTIKEL BARU

Sebanyak 50 Rumah Setinggan Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Bahasa Melayu
Typography

TAWAU - Kebakaran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu Laut Tengah tengah hari disini melibatkan sebanyak 50 buah setinggan musnah. Jentera bomba bersama 30 anggota ke tempat kejadian pada pukul 1.39 tengah hari menerima panggilan kecemasan menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Ismaidi Ismail. Sementara itu seorang mangsa Aidah Osman, 47, berkata ketika kejadian beliau tidak berada di rumah dan hanya mengetahuinya ketika dihubungi anaknya yang berada di Kota Kinabalu, melalui WhatsApp. “Saya terus bergegas pulang dan mendapati rumah saya telah musnah dijilat api. Ini adalah kali ketiga saya dan keluarga menghadapi musibah seperti ini, selepas kebakaran di Kampung Titingan pada 1989 dan kebakaran di Kampung Hidayat pada 1994 yang turut memusnahkan rumah kami,” katanya. Kebakaran di Tanjung Batu itu merupakan yang kedua dalam tempoh lima hari.