22
Ahd, Jul
50 ARTIKEL BARU

Annabelle Lee  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
 
Jabatan Kastam masih menyiasat jika penghantaran barangan kemas awal tahun ini untuk pemeriksaan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - telah diisytiharkan ketika dibawa masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk T Subromaniam berkata demikian ketika diasak oleh wartawan pada sebuah majlis hari ini.

"Bukan hari ini, bukan hari ini. Kami masih menyiasat," jawabnya tetapi enggan mengulas lanjut.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan Global Royalty, sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah bagi menuntut isteri bekas perdana menteri itu memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu

Barangan kemas berkenaan dirampas oleh polis sebagai sebahagian daripada siasatannya ke atas urusan 1MDB, sebuah entiti milik kerajaan yang terlibat dalam skandal yang menyaksikan RM42 bilion dananya diselewengkan.
 

Lum Chee Hong  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
 
PKR berkemungkinan besar akan mempertaruhkan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Sumber yang mengetahui perkara itu berkata pengumuman berkaitan perkara itu dijangka akan dibuat pada Jumaat ini.

“Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau
Baca Selanjutnya: Yaakob Sapari pilihan PKR di Sg Kandis?

Hafiz Marzukhi, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 18, 2018 13:12 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menyemak semula akta-akta yang tidak lagi relevan berhubung pengagihan peruntukan kewangan kepada kerajaan negeri.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan ingin memastikan semua kerajaan negeri mendapat layanan yang adil dan pada masa sama meningkatkan urus tadbir yang lebih baik.

"Cadangan untuk menimbang peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri tertakluk kepada

Baca Selanjutnya: Kerajaan sedia semak semula akta berkaitan peruntukan kewangan

KUALA LUMPUR: Isu berhubung pelantikan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang baharu tidak harus timbul memandangkan surat pelantikan sudah ditandatangani pada tarikh yang sepatutnya.

"Tiada back date. Surat sudah disediakan lebih awal dan apabila saya menandatanganinya, baru diletakkan tarikh," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah juga telah memaklumkan Dewan bahawa surat pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah diterima bertarikh 2

Baca Selanjutnya: "Itu semua sandiwara" kata Tun Mahathir

Bernama | Diterbitkan pada Julai 18, 2018 05:02 MYT

 KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah dan Sabah (Barat dan Timur) sehingga Jumaat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan malam tadi berkata keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Selatan Condore, Selatan Reef North, Layang-layang, Labuan dan Sulu.
Ribut petir, hujan lebat dan

Baca Selanjutnya: Amaran angin kencang dan laut bergelora

Hafiz Marzukhi, Astro Awani | Diterbitkan pada Julai 18, 2018 13:03 MYT

KUALA LUMPUR: Ura-ura mengenai 'hasrat' Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding jawatan Presiden dalam pemilihan parti adalah tidak benar.

Menurut setiausaha politik Mohamed Azmin, Hilman Idham, sebaran senarai nama yang kononnya meletakkan beberapa nama pimpinan PKR termasuk Mohamed Azmin, merupakan 'perkara biasa' menjelang mana-mana pemilihan parti.

"Sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan

Baca Selanjutnya: 'Azmin setia pada parti dan kepimpinan Anwar'

KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang keluar dewan pada mesyuarat pertama Parlimen ke-14 hari ini bagi membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat mendapat pelbagai kritikan.

Ahli Parlimen Temerloh, Anuar Tahir berkata pemilihan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof tidak sepatutnya dijadikan isu.

Katanya, apa yang dilakukan pembangkang itu hanya bertujuan untuk meraih perhatian.

"Inilah sikap orang baru jadi pembangkang nak belajar cara untuk membantah. Mereka protes keluar tetapi kemudian masuk semula

Baca Selanjutnya: 'Pelik pembangkang ni, protes tapi masuk semula untuk angkat sumpah'

Lebih banyak artikel..

Sub-kategori